Selasa, 14 Mei 2013

DR. MAZLAN CABAR ANWAR KIRA SEMULA UNDI DI PERMATANG PAUH



Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.

“Saya mendesak dan mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan, you balik Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”katanya kepada TV3.

Menurutnya, Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata.

“Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata, ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya lagi.... MyMassa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM