Selasa, 7 Mei 2013
Kaji punca kemerosotan pengundi Cina terhadap BN
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sependapat kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca dan menangani kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada parti itu pada PRU-13.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, berkata kajian itu perlu turut mengambil kira faktor pengundi di kawasan bandar, sekali gus mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan berkenaan.
“Justeru, saya berpendapat Perdana Menteri mungkin bercadang untuk memberi fokus kepada permasalahan penduduk di bandar dalam Kabinet akan datang,” katanya selepas program perjumpaan khas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, bersama Ahli Parlimen BN secara tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
“Ini sudah pasti memerlukan penelitian dan analisis punca ia berlaku, serta kaedah untuk menangani masalah yang dihadapi. Ini kerana BN adalah parti inklusif dan harus relevan kepada semua kaum,” Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli
Analisis punca
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata keputusan PRU-13 jelas menunjukkan sokongan pengundi Cina lebih berpihak kepada DAP dan pembangkang, sehingga menumbangkan calon tokoh besar BN termasuk dari MCA.
“Ini sudah pasti memerlukan penelitian dan analisis punca ia berlaku, serta kaedah untuk menangani masalah yang dihadapi. Ini kerana BN adalah parti inklusif dan harus relevan kepada semua kaum,” katanya.
Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata isu berkenaan perlu dilihat dari semua aspek dan tidak boleh dibuat keputusan terburu-buru mahu pun kenyataan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.
“Saya fikir kita ada masa untuk meneliti apakah faktor yang menyebabkan masyarakat Tionghua kurang berminat dengan kita kali ini. Ada juga yang mengundi BN, cuma peratusan itu kecil sedikit,” katanya.
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tidak menolak kemungkinan keadaan itu adalah fenomena kawasan bandar yang turut dialami negara lain seperti Singapura.
“Kita perlu mengkaji isu ini. Kerajaan ada kemampuan untuk menganalisis apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, berkata Perdana Menteri juga meminta 133 Ahli Parlimen BN menyediakan kaedah terbaik bagi menarik pengundi muda menyokong BN, selain mengadakan program untuk pengundi di bandar, khususnya Cina.
Katanya, ia penting kerana analisis PRU-13 Ahad lalu membuktikan bukan semua pengundi muda memberi sokongan kepada pembangkang seperti yang didakwa pembangkang dan bukan semua pengundi Cina tidak menyokong BN.
“Pengundi Cina mahu ubah kerajaan melalui DAP dan disokong oleh PKR dan PAS. Bagaimanapun, DAP tidak berjaya walaupun 90 peratus calon DAP di kawasan bandar menang. Kita harus melihat semua aspek dan tidak boleh menganggap semua pengundi Cina tidak menyokong BN,” katanya.
SUMBER
2 ulasan:
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM
Bn masih memerlukan wakil mca dlm barisan kabinetnya. Jangan pinggirkan wakil cina. Lantik org muda dari kaum cina yg berwawasan sbg menteri kabinet walaupun perlu dilantik sbg senatur.... masih ada 5 fhn lagi utk memperbetulkan dan menyedarkan mereka (cina). Wakil dari sabah/sarawak juga mesti ada sebagai menteri penuh.
BalasPadampemimpin perlu muhasabah terutamanya pemimpin bn.Ramai lagi yang masih tak sedar atau sengaja buat tak sedar kesilapan dan kelemahan diri sendiri sebagai pemimpin. mca dan mic adalah rakan bn yang terbesar. perlu di beri penjelasan kedudukan negara akan terancam sekiranya melayu islam tidak menjadi pemimpin, Bukan bermaksud india atau cina tidak boleh jadi rakan kongsi kepimpinan negara. mca dan mic perlu menjadi rakan kongs o strategik kepimpinan negara utk terus cemerlang.
BalasPadam