Isnin, 6 Mei 2013

Maaf kerana saya gagal membantu BN menang besar kali ni.




Pertamanya saya memohon maaf kerana saya gagal membantu BN menang besar kali ni. Kedua, dengan rasa rendah diri, saya perlu menyatakan pandangan saya kepada Najib Razak.

1. Hampir 90% undi bangsa Cina tidak berpihak kepada kita, kawasan MCA menang hanya di kawasan ada lebihan pengundi MELAYU.

2. Di saat kita sibuk bercakap tentang warga Bangla yang datang mengundi, kita tak nampak ratusan ribu pengundi Cina yang entah datang dari mana kita tak tahu.





3. BN kena mantapka lagi cybertroopers team, banyakkan penerangan isu semasa, patahkan hujah bukan hanya main isu lucah dan sebagainya. Saya akui usaha RED BEAN ARMY berjaya.

4. UMNO sudah perlu mula tingkatkan pendaftaran anak-anak muda Melayu mendaftar. Kerja ground ni DAP dah lama buat. 2 juta Melayu belum daftar mengundi dan hanya 60% yang berdaftar pergi mengundi apa masalahnya?

5. Najib perlu buang semua muka-muka lama yang pernah jadi menteri dan biasanya mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung backfire kepada kita.

6. Najib berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara dan parti. Sama ada beliau sedar atau tidak bahawa penolakan terhadap BN pada 2008 disebabkan oleh kepimpinan lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan polisi-polisi yang tidak disukai rakyat walaupun mungkin baik dari segi teori.

Mohd Najib mempunyai aura dan imej kepimpinan yang lebih baik daripada Abdullah dalam beberapa segi. Beliau dilihat lebih kotemporari, mempunyai kebijaksanaan pentadbiran dan menguasai isu-isu semasa yang lebih baik.

Namun di hati kecil ramai orang, kepimpinan Najib tidak banyak berbeza dengan beberapa hal membabitkan persepsi. Orang Melayu masih tidak merasai terdapat perubahan besar dalam agenda Melayu dan Islam. Orang Cina masih merasakan mereka boleh mengugut BN dan orang India masih menjadi lalang.

7. Antara punca kemarahan ramai orang kepada Pak Lah ialah faktor orang terdekat. Jika Pak Lah menjadi mangsa kerana kemarahan orang terhadap Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah, Mohd Najib akan berhadapan dengan perkara yang sama jika ia dibiar berlarutan.

Ramai orang sudah melihat bahawa terdapat pembabitan aktif ahli keluarga Najib dalam hal-hal membabitkan politik dan pentadbiran.

Sama ada suka atau tidak, terdapat banyak kumpulan yang percaya Datin Seri Rosmah terbabit dalam membuat pelbagai keputusan parti dan kerajaan. Ia boleh jadi hanyalah fitnah dan persepsi buruk semata. Namun fitnah dan persepsi buruk ini sukar dikikis dan boleh menjadi barah jika tidak dibetulkan.

Kita tidak boleh menyalahkan Rosmah atas persepsi negatif ke atasnya. Manusia yang mahu berfikiran negatif akan sentiasa mencari keburukan orang. Walaupun terdapat ribuan program membantu masyarakat yang dibuat oleh Rosmah, namun persepsi buruk juga yang dikatakan orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM