Khamis, 2 Mei 2013

Ustaz PAS tak undi PAS sebab takut malapetaka!


Ustaz Abdul Hamid Derani seorang ahli Pas yang juga penceramah serta Pegawai Penerangan Pas Kelantan hari ini berkata beliau tidak akan memberi sokongan kepada partinya pada pilihanraya kali ini kerana berpendapat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya maka malapetaka akan berlaku kepada negara ini.

Katanya ini kerana baru nak bertanding sahaja mereka sudah bertelagah sesama sendiri, dan sekiranya mereka membentuk kerajaan nanti mereka akan berbalah lagi mengenai siapa Perdana Menteri, siapa Menteri itu dan ini. Ini akan menyebabkan negara akan menjadi huru-hara.



Beliau berkata berkata beliau tetap akan menjadi ahli Pas dan menyerahkan kepada pimpinan Pas untuk mengambil tindakan terhadapnya kerana menyatakan pendapatnya.

Beliau juga berkata amat penting untuk orang Islam khususnya jangan mengundi Pas kerana Pas gagal dalam mengetuai Pakatan Rakyat dan menggugurkan segala perjuangan mereka demi persahabatan dengan DAP dan PKR.

Dalam manifesto Pakatan juga perlaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam tidak disebut dan umum mengetahui DAP dan PKR menentangnya.
SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM