Ahad, 7 Julai 2013

Pakatan Pembangkang Adalah Pembunuh Sebenar Demokrasi Di Negara Ini

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib membidas konsep ketelusan dan kebebasan bersuara yang kononnya diamalkan di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang dan menyifatkan ianya sebagai satu penipuan besar kepada rakyat di negara ini.

Menurut beliau, apa yang jelas hari ini ialah, kepimpinan pembangkang akan bertindak bagi menyekat sebarang kritikan atau pendedahan berhubung kepincangan mereka dengan pelbagai penafian termasuk bertindak menyaman individu atau organisasi yang mendedahkan perkara tersebut.

“Sebagai contoh kita dapat lihat bagaimana Lim Guan Eng begitu melenting apabila ada cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat dakwaan Red Bean Army yang didakwa ditaja oleh DAP untuk menjatuhkan kerajaan, sehingga meminta PM untuk masuk campur dalam hal ini.



“Inilah wajah sebenar pembangkang. Bagi mereka, apa yang mereka faham mengenai definasi kebebasan bersuara dan demokrasi itu hanyalah untuk dibenarkan untuk mereka saja dan tidak boleh dilakukan oleh pihak lain selain dari pembangkang.

“Hanya mereka saja yang boleh usik pihak lain, tetapi pihak lain tidak boleh mengusik mereka. Laungan kebebasan bersuara dan demokrasi itu hanyalah pembohongan yang ketara kepada rakyat di negara ini,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Malah beliau mendakwa, pakatan  pembangkanglah yang menjadi  pembunuh kepada amalan demokrasi yang telah diamalkan lebih 55 tahun di negara ini.

“Bagi saya, pembangkang adalah pembunuh bagi sistem demokrasi yang telah wujud di negara ini sejak kita mula merdeka. Demokrasi, keterbukaan dan kebebasan bersuara hanyalah retorik di bibir kepimpinan pakatan pembangkang dan perkara ini tidakpun diamalkan oleh pembangkang.


“Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir DAP kononnya mengamalkan sikap cekap, akaubtabiliti dan ketelusan baru-baru ini telah  wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri sidang DUN di Pulau Pinang. Di mana Lim Guan Eng mencampakkan demokrasi dan kebebasan bersuara dalam hal ini?” soal beliau.

Begitu juga sikap diskriminasi kepimpinan pembangkang terhadap wartawan-wartawan arus media perdana ketika menjawab sebarang soalan  yang pada anggapan mereka ini menjadi agen kepada BN dan kerajaan, jelasnya lagi.

“Jelas bahawa perkataan demokrasi, ketelusan dan kebebasan bersuara hanyalah satu slogan yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk memperdayakan rakyat, sedangkan hakikatnya mereka tidak begitu,” akhirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM