>>>> HOME <<<<

Jumaat, 12 Julai 2013

PRKKualaBesut : Calon Pas Pernah Di Tangkap Hisap Ganja ?!!

Azlan @ Endut bin Yusof (48) anak jati Kuala besut ini telah diumumkan sebagai calon Pas bagi PRK N01 Kuala Besut. Beliau yang juga merupakan seorang kontraktor kelas A sentiasa berulang alik dari Besut ke Kelantan sentiasa sibuk dengan tugasannya sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Maklumat yang diperolehi daripada sumber dalaman Pas Kuala Besut menyatakan Che Long ini merupakan anak emas Husam Musa maka tidak peliklah Che long yang kini merupakan bendahari Pas Kawasan Besut dipilih menjadi calon Pas dalam PRK Kuala Besut ini. Malah lebih menarik lagi dimaklumkan juga bahawa dulu Che Long pernah ditangkap kerana kes dadah.



Sumber tersebut juga menyatakan bahawa walaupun ahli akar umbi Pas mahukan Pas meletakkan calon berlatar belakangkan agama, namun oleh kerana Che Long merupakan klik dan anak emas Husam Musa maka Husam menamakan Che Long sebagai calon Pas di PRK ini.

Ketika Husam menjadi Exco Kerajaan Negeri kelantan, Che Long dikatakan mendapat banyak projek dan kontrak daripada kerajaan dan sekarang ini Che Long mampu untuk hidup mewah. Sebagai seorang kontraktor kelas A yang berjaya maka Che Long sememangnya layak untuk hidup mewah.

Namun setelah Husam Musa tidak lagi berada di dalam kabinet kerajaan Kelantan, peluang Che Long untuk mendapat kontrak-kontrak besar amat sukar sekarang. Jadi untuk membantu Che Long yang telah berkorban dan membantu politik Husam.

Meletakkan Che Long sebagai calon Pas di Kuala Besut adalah langkah terbaik bagi Husam membantu kroninya itu. Semasa kempen PRu 13 yang lalu Che Long telah membawa lebih kurang 100 orang jenteranya untuk mambantu jentera kempen Husam di Putrajaya.




SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...