(Adun Paka) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu tiba-tiba tersingkir sebagai Pengarah Pilihanraya PAS untuk PRK Dun Kuala Besut.
Malam semalam, Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan calon PAS, seorang kontraktor Azlan Endut @ Che Long juga mengumumkan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut.
Persoalannya ialah, sebelumnya ini Pesuruhjaya Pas Terengganu, YB Mohd Wahid Endut telah mengistiharkan YB Satipul Bahri sebagai Pengarah PRK dan Setiausahanya Zakaria Dagang.
Kemana muka YB Satipul hendak diletakkan bila Husam Musa tiba-tiba mengambil alih tempatnya.
YB Satipul duduk di barisan belakang semasa pengumuman calon di buat oleh Pas malam kelmarin dan Zakaria Dagang tidak hadir.
Difahamkan Che Long mahukan Husam Musa menjadi Pengarah Pilihanraya kerana mereka berdua adalah rakan proksi dalam perniagaan.
Keadaan bercelaru ini sudah pasti akan memberi peluang kepada BN untuk menang besar dalam PRK Kuala Besut ini.
>SUMBER<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM