Ahad, 25 Ogos 2013
BILA PENGIKUT PAS TERLEBIH ISLAM
INILAH "JIHAD" SEBENAR!!! GAMBAR MELAYU PAS CUKUR KEPALA DEMI DAPig..
Nama mamat diatas tu adalah Rafi dari Gelang Patah Johor.. Dengan berpakaian baju melaju Johor, mamat penyokong PAS tu dengan bangganya menunjukkan rasa taksubnya pada DAP dan juga Lim Kit Siang..
Dan untuk mengabadikan rasa taksub tersebut, mamat yang dilahirkan sebagai melayu Johor tu sanggup mencukur rambutnya serta melakarkan lambang roket pada kepalanya..
Mungkin bagi mamat melayu Pas tu, inilah jihad sebenar yang dituntut dalam Pakatan.. Walaupun DAP tak iktiraf negara ni sebagai negara Islam.., walaupun DAP cuba untuk jatuhkan kepimpinan orang Islam di Malaysia.., mamat ni tak peduli..
Anak melayu yang bernama Rafi tu tetap anggap DAP sebagai parti suci yang paling afdal untuk memerintah negara..
Gua terfikir apa yang DAP dah bagi kat mamat ni sampai dia tergamak cukur kepala macam tu.. Takkan lah Lim Kit Siang bagi pahala untuk dia cukur kepala macam tu..? Setahu gua hanya PAS je yang mampu janjikan pahala dan syorga kepada penganut dorang..
Maybe budak melayu yang bernama Rafi tu dibiayai sepenuhnya oleh duit DAP dari dia kecik sampailah besar agaknya.. Maybe pasal tu lah dia bangga sangat tayang logo roket tu atas kepala..
MPP
-JJ-
HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA DAN MEMBIARKAN YANG LAIN).
Definasi qaza seperti kata Imam Nawawi:
القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح
Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.
Hukum Qaza’
ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA’
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):
وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه
Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)
PENDAPAT EMPAT MAZHAB
MAZHAB HAMBALI
Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:
ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب
Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.
MAZHAB MALIKI
An-Nafrawi berkata:
يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.
MAZHAB HANAFI
Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:
ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”
MAZHAB SYAFIE
Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.
DALIL MAKRUH
ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع
Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]
عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].
Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM