>>>> HOME <<<<
Rabu, 8 Mei 2013
Anwar Ibrahim dinasihat agar bermuhasabah kelemahan diri dan menerima keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13
Anwar Ibrahim dinasihat agar bermuhasabah kelemahan diri dan menerima keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13, bukannya memperguna rakyat untuk agenda diri dan kerabat.
Saranan pedas ini dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam twitternya sebentar tadi. Ini merupakan tamparan keras kepada Anwar kerana kenyataan ini dibuat ketika Anwar sedang berucapa di hadapan 35 ribu penyokongnya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini bagi membantah keputusan pilihan raya.
Anwar mendakwa Pilihan raya ini tidak adil dan terdapat banyak penyelewengan. Namun Azmin Ali yang bosan dengan tingkah laku Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak hadir ke majlis tersebut malah menulis di twitternya membantah tindakan Anwar.
Sebagai orang kanan Anwar sejak 1990-an sehingga sekarang, kenyataan Azmin sejak malam tadi yang
mengkritik keras tindakan Anwar mahu mengadakan demontrasi baru tentulah sangat memalukan.
Malah Azmin secara terbuka mengingatkan Anwar supaya melakukan muhasabah diri mengapa Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya kali ini. Azmin turut mengingatkan Anwar agar tidak mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga.
di
10:30 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM