>>>> HOME <<<<
Selasa, 7 Mei 2013
penyokong kumpulan anti-Lynas akan adakan perhimpunan esok ??
JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ESOK
Kuantan, 7 Mei - Polis Pahang memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung di negeri itu esok.
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman
berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang
penyokong kumpulan anti-Lynas.
"Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang permohonan untuk permit
bagi perhimpunan tersebut.
"Sehubungan itu polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya
berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang
dalam kalangan peserta," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Anuar juga memberi amaran kepada yang berkenaan, terutama pengamal media
sosial agar tidak mengulang siar dakwaan kononnya berlaku gangguan bekalan
elektrik di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah,
Bentong, Ahad lalu.
"Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap blogger
yang terlibat dan akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (Malaysia) bagi mengesan blogger atau individu yang terlibat jika
kenyataan tersebut diulang siar," katanya.
Semalam, Tenaga Nasional Berhad menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik
di pusat penjumlahan undi ketika pilihan raya umum ke-13 kelmarin. - BERNAMA
di
5:20 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM