>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

PKR Main Khianat Hantar Calon Di Kawasan Pas – Razali

MUAR, 22 April  - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak calon menentang Pas di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah satu perbuatan khianat, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim.

Tindakan itu jelas membayangkan pakatan pembangkang gagal berpegang teguh kepada konsep kerjasama seperti yang mereka laung-laungkan, katanya.





Razali berkata, pertembungan antara Pas dan PKR di Panti, Kota Tinggi – satu daripada tujuh kawasan yang menyaksikan pertembungan dua parti gabungan pakatan – menjadi bukti pembohongan terang-terangan tentang kesepakatan mereka.

Sehubungan itu, katanya penyokong Pas perlu sedar, mereka sedang diperalat PKR semata-mata untuk meraih undi di kawasan yang tidak ditandingi Pas, walhal mereka akan bertanding sesama sendiri di satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU13.

“Di tempat lain dia (PKR) boleh laungkan undilah Pas…tetapi cuba pergi ke Panti, dia nak cakap apa? Pas pula, pergilah ke Panti, adakah dia berkempen untuk undi PKR?.

“Sehubungan itu saya nasihatkan orang Pas, tak patut undi PKR sebab mereka dikhianati secara terang-terangan di tempat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat India di sini, yang turut dihadiri calon BN kerusi DUN Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad.

PKR meletakkan Ketua Perhubungan PKR Negeri Johor Mohd Annuar Mohd Salleh, manakala Pas diwakili Azlisham Azahar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Baderi Dasuki di DUN Panti.

Dalam pada itu, Razali mengajak kesemua 715 pengundi dari masyarakat India di Parlimen Muar untuk hadir mengundi pada 5 Mei ini dan memberi sokongan kepada BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali mentadbir negara.
Sumber > umno-online.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...