>>>> HOME <<<<

Khamis, 30 Mei 2013

Tiba-Tiba… Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Khairy

Tiada ulasan:
Angin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.

Memetik laporan agendadaily, kes yang banyak kali tertangguh tersebut sepatutnya mula dibicarakan hari ini dengan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor akan dipanggil menjadi saksi bagi pihak Khairy.

Namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pagi ini bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.

Khairy yang dihubungi Agendadaily mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan bahawa tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihaknya.

Isnin, 27 Mei 2013

RED BEAN ARMY SANDIWARA LIM KIT SIANG & LIST RED BEAN ARMY

Tiada ulasan:
RED BEAN ARMY SANDIWARA LIM KIT SIANG & LIST RED BEAN ARMY ! KINI DI DEDAHKAN...TQ MCA & GERAKAN SAHABAT BN.

SANDIWARA LIM KIT SIANG.

Lim Kit Siang kata, Red Bean Army tak wujud. Tapi, dah banyak bukti dan saksi yang mengesahkan kewujudan Red Bean Army. Bukan orang UMNO atau BN yang sahkan kewujudan "askar kacang merah" tu, tapi orang Cina sendiri...termasuk orang DAP yang sahkan perkara ni...

Ada jugak pemimpin UMNO/BN yang tak percaya dengan kewujudan Red Bean Army ni. Depa mendakwa kononnya Red Bean Army ni hanya "khayalan" pra bloggers dan cybertroopers pro-kerajaan. Terserahlah... kami tahu sebab kami terlibat dalam perang cyber nih...

Aku tak sure sama ada SKMM akan bertindak atau tidak kat Red Bean Army. Pada aku, tak kiralah sama ada Red Bean Army atau Green Bean Army, kalau salah, sesiapa saja perlu diambil tindakan...

Apa pun, aku yakin sahabat-sahabat aku dalam dunia blogging dan cybertroops ni semuanya menggunakan sistem yang sama iaitu tegakkan kebenaran dan lawan fitnah pembangkang dari segenap sudut selain memastikan persepsi rakyat tidak terpesong dari kebenaran...

Bagaimanapun, aku puji tindakan seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina ( MCA & GERAKAN) ni yang sanggup menelan kepahitan bercakap mengenai Red Bean Army. Dia kecam dan gesa SKMM ambil tindakan tegas. Syabas...

Orang Cina macam ni sememangnya diperlukan dalam negara ni...mujur la ada lagi sahabat macam ni...ingatkan dah merajuk dahhhh...heh! Cuba baca surat terbuka dia kat Red Bean Army ni...heh! Merah muka "komunis alaf baru" tuuuu...

Pas Mintak Penjelasan isu perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri

Tiada ulasan:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS.

“DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN.

Sabtu, 25 Mei 2013

Anwar Ibrahim didakwa telah memungkiri satu perjanjian rahsia mengenai Pilihan Raya Umum ke-13

Tiada ulasan:
KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah memungkiri satu perjanjian rahsia mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikatakan telah dibuat di antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perjanjian bertulis itu didakwa antara lain merangkumi syarat dimana kedua-dua belah pihak perlu menahan diri daripada membuat serangan peribadi dan untuk menerima serta menghormati keputusan PRU13.
Perkara itu didedahkan oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang mendakwa dirinya menjadi orang tengah dalam perjanjian Anwar dengan Najib itu yang dibuat pada bulan April.
Ia dilaporkan oleh akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) hari ini. Akhbar itu juga dikatakan telah mendapat pengesahan daripada Anwar sendiri dan pihak yang rapat dengan Najib mengenai

Bukti Pertikaian DAP Ngeh Koo Ham Dalam Isu Mempersoalkan Sultan Johor: sys

Tiada ulasan:
Titah Baginda Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 14 Mei (Bernama) — Sultan Johor tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah waktu berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telahpun tamat dan sekarang ini adalah masa untuk bekerja.

“Saya tidak mahu mendengar ada pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan dan keamanan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan

Dato Seri idris jusoh Berjiwa Rakyat

Tiada ulasan:

Jumaat, 24 Mei 2013

RAFIZI BAKAL DISAMAN!

Tiada ulasan:
BESUT— Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akan menyaman PKR termasuk pengarah strategi parti itu Mohd Rafizi Ramli yang menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati.

“Bila dibuat satu kenyataan awam tanpa bukti yang boleh mencemarkan nama baik saya dan parti, sudah pasti saya akan bertindak untuk menyaman mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gong Nering, yang diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh di sini hari ini.

FITNAH GAMBAR KIRA UNDI SEMASA BLACKOUT TERJAWAB SUDAH JELAS ! PEMBANGKANG MENIPU LAGI!

Tiada ulasan:
FITNAH GAMBAR KIRA UNDI SEMASA BLACKOUT TERJAWAB SUDAH JELAS ! PEMBANGKANG MENIPU LAGI!
Kononnya berlaku blackout semasa pengiraan undi semasa PRU13 yang lepas dan foto dibawah dijadikan 'bukti' kepada fitnah pro-pembangkang untuk memburuk-burukkan SPR dan menipu rakyat Malaysia.
Jawapan SPR :
1. Petugas SPR yang mengira kertas undi tidak memakai baju SPR
2. Dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza
3. Terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
Satu lagi pembohonggan haprak pakatan, untuk pengetahuan anda pusat pengiraan undi adalah kawasan larangan mana boleh wartawan sedangkan polis pun kena tunggu kat luar apatah lagi wartawan.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam atau blackout dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang tidak berasas dan sengaja direka-reka.

Khamis, 23 Mei 2013

Bantah Perhimpunan, 'Penolakan Berhemah' Sekutu Terhadap Anwar

Tiada ulasan:
Tindakan beberapa pemimpin sekutu Pakatan Rakyat mengecam hasrat kumpulan propembangkang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi demonstrasi jalanan dan kekerasan secara tidak langsung adalah satu penolakan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut penganalisis politik.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berpendapat mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan Anwar serta pemimpin tertentu mengadakan perhimpunan dan protes di stadium sebagai alasan tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jelas bertentangan dengan nilai dan norma demokrasi.

"Pendekatan Anwar guna ini dah lapuk dan jelas bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Kenapa Anuar dikatakan Munculan Dajjal???

Tiada ulasan:

Antara kebetulan ATAU memang betul??? HARAP NAJIB bukan Dajjal lah!!!!

Dajjal akan dibunuh oleh nabi isa a.s dan si anuar SANGAT takut kepada ISA, kebetulan???? Logo PKR adalah MATA DAJJAL, kebetulan??? Kaf, Pa, Ra adalah singkatan P.K.R. kulit luarnya dalamannya yang perjuangkan K.P.R., Kebetulan??? Perjuangan nya suruh org menyembahnya bagai Tuhan kerana dia adalah MAKSUM, Kebetulan???? Syurga (Muta'ah) dijanjikan adalah Neraka (Zina), kebetulan??? Seks Sejenis dan bebas yang Haram dikatakan halal dan toyyibah, Kebetulan???? Pandangan keputusan PRU 13 adalah dari satu pandangan sahaja, Kebetulan???? Memperjuangkan SYIAH yg memfitnah Nabi Saw dan para sahabat, Kebetulan???? Bebaju Hitam berkabung adalah uniform SYIAH sewaktu meratap kematian khomeni. Kebetulan??? Mempromosikan selogan "INI KALI LAH" dalam bahasa ARAB = "INNI QALILLAH" = "Kami Katakanlah Adalah Allah!!!". Bersekongkol dgn makhluk mata sepet hidung penyet

MUTAKHIR!! TIAN CHUA DAN HARRIS IBRAHIM DITAHAN POLIS!

Tiada ulasan:
Ini Berita yang baru diterima. Akhbar The Star Melaporkan Bahawa Tian Chua dan Harris Ibrahim ditahan pihak polis. Tian Chua menurut laman twitternya menyatakan beliau ditahan di LCCT ketika melalui pemeriksaan keselamatan.

Keratan Akhbar The Star Online

Rabu, 22 Mei 2013

Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan

Tiada ulasan:

SHAH ALAM – Pas dan DAP menolak usaha pihak - pihak tertentu termasuklah kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Katanya, Pas akan terus menegakkan keadilan, tetapi dengan cara demokratik mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Selasa, 21 Mei 2013

Tak Sayang Mulut Betul La Amoi ni Sekor

Tiada ulasan:
klik image untuk besarkan


@PDRMsia SILA AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA.

Wahh..bukan main berani lagi budak sorang ni, sampai nak bom Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir lagi, ini satu tindakan biadap yang mengundang kecelakaan untuk diri sendiri.

Jadi bersiap sedialah Venus..nanti boleh duduk sebelah lokap Adam Adli, suara tak reti nak cover langsung.

Isnin, 20 Mei 2013

SEKADAR BERTANYA. ISLAM BAGAIMANA YANG PAS AMALKAN?? PIAWAIAN APA YANG DIGUNAKAN??

Tiada ulasan:


Semasa Pemimpin PR dituduh berzina, yang menuduh diminta mengemukakan bukti berdasarkan Hukum2 Islam.
Kemukakan 4 saksi adil dll. bukti video yang jelas ditolak dengan alasan besi tak boleh jadi saksi.
Tapi semasa Lim Guan Eng menuduh Rahim Thamby Chik merogol Gadis yang didakwa bawah umor dulu, PAS tak pernah minta pun LGE kemukakan 4 saksi atau sebagainya.
Undang2 mana yang digunakan untuk menuduh Rahim dulu??
Undang2 Islam atau Undang2 Sekular??
malah LGE dianggap hero kononnya membela nasib gadis tersebut.
Mengikut Undang2 Islam, bolehkan Rahim dituduh merogol??

Begitu lah juga dengan Kes yang melibatkan MB Selangor, Abu Hassan Omar dulu yang Azmin tuduh (dalan Persidangan DUN Selangor) ada hubungan dengan Iparnya, PAS tak pernah minta Azmin buktikan mengikut undang2 Islam, malah menerima nya tanpa soal.

Nik Mohd. Abduh menolak Anwar Ibrahim jatuhkan Kerajaan

Tiada ulasan:

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

Ahad, 19 Mei 2013

SPR selar Anwar sebagai 'Raja Fitnah'

Tiada ulasan:

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.
Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah.

Selepas kemelut MB, kini DAP Selangor pertikai senarai Exco

Tiada ulasan:

DAP Selangor mempersoalkan senarai Exco kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, seminggu selepas pergolakkan dalam PKR mengenai jawatan tertinggi negeri selesai.

Timbalan pengerusi DAP negeri Tony Pua mengatakan parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid dan jawatan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semalam kami dapati senarai nama yang lain” kata Pua kepada pemberita di Subang Jaya di sini hari ini.

“Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis. Ia adalah mesyuarat sekejap setengah jam,” tambah beliau.

Pua mengatakan Khalid dan PR Selangor – yang diwakili oleh Teresa Kok dan Datuk Teng Chang Kim bersama-sama pemimpin PAS Khalid Samad dan Dr Rani Osman – telah bersetuju dalam mesyuarat Khamis lepas DAP akan mendapat empat tempat dalam Exco dan PAS mendapat tiga dan boleh memilih

SI DAJJAL ANWAR KAMU INGAT NEGARA INI KAMU PUNYA KAH?

Tiada ulasan:

Anwar dengan marahsombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?",Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" .
Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.

Tatkala pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, tatkala pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.

Dari Mana Datang Jumlah 39.47% Pengundi Cina Di Putrajaya?

Tiada ulasan:

Di atas ialah statistik pengundi berdasarkan kaum di Putrajaya. Sungguh menghairankan apabila terdapat 39.47 peratus pengundi kaum cina di Putrajaya. Ramai sangatkah pengundi kaum cina di Putrajaya ni? Setahu aku, bilangan pengundi cina di Putrajaya sepatutnya boleh dibilang dengan jari. Ini kerana lebih 95 peratus penduduk Putrajaya ialah dari orang melayu. Selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain.
Adakah 39.47 peratus ini ialah pengundi hantu yang diimport dari China dan Singapork? Maka terjawablah segala kemungkinan. Kononnya dakwaan kehadiran pengundi hantu Bangladesh dikalutkan oleh media

Sabtu, 18 Mei 2013

KONSPIRASI JAHAT PEMBANGKANG SUDAH LAMA DIRANCANG!

Tiada ulasan:

Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Jumaat, 17 Mei 2013

Video - TMB Kelantan: Pengundi Luar Munafik, Ambil Duit Parti Lain, Undi Parti Lain

Tiada ulasan:

Kota Bharu - Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.

Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.

"Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar  tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu

ANWAR MAU JADIKAN MALAYSIA SENASIB DENGAN IRAQ???

Tiada ulasan:

Dalam diam rupa-rupanya Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim sudah mahu Malaysia diserang oleh Amerika seperti yang berlaku di Iraq.

Anwar Ibrahim mencanang seluruh demostrasi jalanannya bahawa beliau akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan semalam, Anwar berkata beliau bersama Lim Kit Siang mahu kuasa besar itu menyerang Malaysia seperti yang berlaku di negara Islam Iraq.

"Walaupun persahabatan Malaysia dengan Amerika dilihat baik tetapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq kan?, kata Anwar.

Khamis, 16 Mei 2013

KARPAL SINGH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR ???

Tiada ulasan:

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH.

KEMANA HILANGNYA PENGUNDI HANTU DI SELANGOR???

Tiada ulasan:

Sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Dakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama.

Tetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang.

Rabu, 15 Mei 2013

Anwar Di Landa “Blame Assignment Syndrome” – Ruslan Kassim

Tiada ulasan:

KUALA LUMPUR 15 Mei – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hj Ruslan Kassim berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilanda Blame Assignment Syndrome iaitu sikap yang tidak dapat menerima kekalahan dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain di atas kekalahan Pakatan Pembangkang yang diterajuinya.

Menurut Ruslan, sikap Anwar yang secara terus-terusan cuba untuk menghasut rakyat dengan provokasi dan fitnah-fitnah yang tidak benar dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihanraya membuktikan bahawa beliau kini dijangkiti oleh sindrom tersebut.

STUDENT POWER KEPALA BAPAK DIA!!!

Tiada ulasan:

Walaupun PRU13 telah berakhir dan keputusannya telah diketahui,bahkan diiktiraf oleh dunia,namun beberapa pihak,khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati.Pelbagai alasan telah dicipta untuk menunjukkan kononnya kekalahan gerombolan Anwar Ibrahim itu adalah disengajakan dan membabitkan penipuan oleh SPR.Cerita tentang SPR menipu,pengundi hantu dan sebagainya telah lama kedengaran.Bahkan bertahun-tahun sebelum 5 Mei 2013 lagi.Pakatan Penbangkang,khususnya Anwar Ibrahim telah mendoktrinkan bahawa kekalahan Pakatan Penbangkang pada PRU13 adalah disebabkan oleh faktor-faktor tersebut,bukannya ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

Dan apabila keputusan diumumkan,Anwar Ibrahim segera menggunakan faktor undi popular untuk menunjukkan dan membuktikan yang Pakatan Penbangkang sudah menang,mengatasi Barisan Nasional walaupun hakikatnya, undi popular bukanlan undi elektoral yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan setiap kerusi. Telah didedahkan sebelum ini bahawa PKR akan menggunakan konco-konconya bagi menimbulkan kekacauan.Kegagalan serangan lanun di Lahad Datu dan timur Sabah,membuatkan para pemimpin Pakatan Penbangkang,khususnya Anwar Ibrahim sendiri,memerah otak mencari jalan agar kekacauan dapat ditimbulkan, dan proses pilihanraya dapat diganggu. Ternyata usaha mereka gagal.Terbaru,gerombolan pelajar-pelajar berhaluan kiri yang telah diresapi oleh fahaman Komunisme dan Sosialisme sedang merancang untuk melakukan rusuhan jalanraya.Tarikh yang dirancang adalah 18 Mei 2013.

Selasa, 14 Mei 2013

Terkini Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013

Tiada ulasan:


Senarai barisan menteri kabinet Malaysia 2013! Wow! Dah umum ke? Aku tak tahu lah pulak. Haha. Nak tau siapa dan jawatan apa yang disandang? Jom tengok!

Berikut adalah senarai Menteri Kabinet baru yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi..

Perdana Menteri 
NAJIB RAZAK


Timb. Perdana Menteri 
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Kekalahan PAS di Kedah melegakan buat Azizan Razak - kata Setiausaha bekas MB Kedah

Tiada ulasan:

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

DEMO JALANAN UNTUK TAWAN PUTERAJAYA....

Tiada ulasan:

Kumpulan pro-Pakatan Pembangkang secara terbuka mengumumkan mereka mahu menawan Putrajaya secara kekerasan dengan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran tidak lama lagi.

“Kita akan berarak di jalan dan mengambil alih Putrajaya. Jika kita benar-benar mahu menumbangkan mereka (BN), tidak ada cara lain. Demokrasi tidak berfungsi,” kata Haris Ibrahim, jurucakap untuk kumpulan yang menggelar diri Asalkan Bukan Umno (ABU).

Beliau berkata demikian di satu perhimpunan membabitkan kira-kira 1,000 aktivis pro pembangkang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, malam tadi.

DR. MAZLAN CABAR ANWAR KIRA SEMULA UNDI DI PERMATANG PAUH

Tiada ulasan:


Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.

“Saya mendesak dan mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan, you balik Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”katanya kepada TV3.

Menurutnya, Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata.

“Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata, ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya lagi.... MyMassa.

SENARAI MENTERI-MENTERI KABINET MALAYSIA 2013 (DIKEMASKINI PADA 6 MEI 2013)

Tiada ulasan:

SENARAI MENTERI MENTERI KABINET AKAN DI KEMASKINI DALAM MASA TERDEKAT
SILA FOLLOW BN BESUT KAMI UNTUK BERITA TERKINI

PRU13 Kuburkan Impian Dan Pembohongan Anwar

Tiada ulasan:

Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.

Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000.

Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.

Isnin, 13 Mei 2013

Lucut Kewarganegaraan Anwar Sebelum Negara Jatuh Ke Kancah Huru Hara – Fairus

Tiada ulasan:

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Seri Fairuz Khairuddin mencadangkan agar satu usul bagi melucutkan taraf  kewarganegaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibentangkan di Parlimen sekiranya beliau terus bertindak melanggar undang-undang serta membuat provokasi dan hasutan terhadap rakyat bagi mencetuskan keadaan huru hara di negara ini.

Menurut beliau, ahli Parlimen perlu berani membawa dan membentangkan usul tersebut memandangkan hari ini, tindak tanduk Anwar dilihat sebagai satu ancaman yang amat serius kepada keselamatan negara dan secara jelas melanggar undang-undang yang termaktub di negara ini.

Ahad, 12 Mei 2013

Lagi Tuduhan Geng2 Pakatan Pembangkang Spr Menipu Pru13

Tiada ulasan:


pada pihak berwajib sila ambik tindakan  tindakan terhadap individu telibat.beliau telah menyebarkan fitnah...
penfitnah tersebut mengatakan Ada orang jumpa kertas undi di buang.. Kertas itu kebanyakkan pangkah PAS.. Lokasi Kijing, Marang, Terengganu..
jika di teliti tiada cop spr pada kertas undi tersebut...
dan kalu di ikut kan prosedur mengundi la kan ..kertas undi di carik dlu dan di berikan kepada pengundi dan baru pengundi memangkah kan?ini belom di carik dah ader siap pangkah ker? pihak berwajib sila ambik tindakan segera.
info lebih lanjut klik sini > https://www.facebook.com/photo.php?fbid=597102943648160&set=a.419647108060412.100600.419621108063012&type=1&theater
DAN SINI > https://www.facebook.com/photo.php?fbid=371041159673364&set=a.161658313944984.30948.156016461175836&type=1&theater

ANWAR PROKSI KUASA BARAT....

Tiada ulasan:

Anwar Ibrahim, Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat pengeluar rokok.

POLIS DAN SPR PERLU MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS....

Tiada ulasan:


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.

“SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.

“Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Sabtu, 11 Mei 2013

TIMBALAN PENGERUSI SPR LEPAS GERAM......

Tiada ulasan:


Sepanjang membuat liputan yang berkait dengan Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR), kalangan wartawan tak pernah tengok, baik pengerusinya, Tan Sri
Abdul Aziz Yusof mahupun timbalannya, Dato Wira Wan Ahmad Wan Omar
menunjukkan rasa marah.

Biasanya mereka akan bercakap dengan nada relaks dan adakalanya menyelitkan
gurau senda supaya sidang media tak menjemukan. Tetapi pada sidang media
SPR pada Sabtu, wartawan melihat sisi Wan Ahmad yang serius dan macam orang
menahan bengang.

AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) TERENGGANU 2013/2017

Tiada ulasan:

MENTERI BESAR YAB DATUK SERI AHMAD SAID: @ Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

1.YB DATUK TENGKU PUTERA AWANG; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan.

2 YAB DATUK MOHD JIDIN SHAFIE:Dato’ Mohd Jidin Shafei : Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,

3.YB DATUK AHMAD RAZIF ABD RAHMAN: Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air.

Jumaat, 10 Mei 2013

PENDEDAHAN PALING BERANI DALAM SEJARAH ULAMAK : ULAMAK KAH NIK AZIZ SETELAH MEM-POLITIK-KAN ISLAM ?

Tiada ulasan:

30 KENYATAAN NIK AZIZ BIN NIK MAT DALAM “AKULAH NIK AZIZ BIN NIK MAT”
DI MUKA BUMI ALLAH DI HADAPAN UMAT MANUSIA Oleh Nik Aziz Bin Nik Mat

Ini dalil naqli hadith-hadith sohih Rasulullah saw, bukan dalil aqli atau dalil saya :

Rasulullah saw bersabda, “Jauhilah ulamak yang mengejar pangkat dan jawatan ...“ (Sohih Imam Ahmad)

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya paling aku takuti ialah ummatku yang syirik bukan kerana menyembah berhala tetapi kerana mereka jadikan alim-ulamak dan rahib-rahib mereka sebagai sembahan selain Allah …” (Sohih Thabrani)

Lihat ini kenyataan-kenyataan Ulamak Politik yang bakal mengheret penyokong PAS hangus bersama Kafir Harbi DAP ke Neraka An-Nar. Nauzubillahiminzalik !

30 Kenyataan Nik Aziz Bin Nik Mat:-

INI LAH AKU Oleh Nik Aziz Nik Mat. Himpunan Kenyataan Media Mursyidul Am PAS & MB Kelantan lebih 20 tahun di Bumi Allah Di Hadapan Manusia !

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Suara Keramat Rakyat Yang Di Sangkal Calon Perdana Menteri

Tiada ulasan:



Seperti biasa Pakatan Pembangkang  akan menwar-warkan kepada dunia bahawasanya perhimpunan di Kelana Jaya yang dihadiri oleh 90 Ribu orang untuk mendengar ceramah Anwar mendapat sambutan.

Di dalam keadaan cuaca yang kurang baik, penyokong fanatik Pakatan Pembangkang ini sanggup meredah hujan semata-mata mendengar retorik Anwar yang kecewa dengan keputusan PRU13 yang mengagalkan usaha Anwar untuk merampas kerusi jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Saban hari pemimpin Pakatan Pembangkang menyalak di serata tempat dengan menyatakan bahawa Malaysia memerlukan perubahan dan perubahan itu akan menjadikan kenyataan bila Pakatan Pembangkang mengambil alih kerajaan yang BARU bagi menggantikan Kerajaan Barisan Nasional yang telah lama memerintah dan

Rabu, 8 Mei 2013

Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan sebagaimana berikut

1 ulasan:


1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah

Kenyataan Dato' Seri Ahmad Said Mengenai Isu Perlantikan Menteri Besar Terengganu

Tiada ulasan:



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikutan isu perlantikkan Menteri Besar Terengganu yang kini menjadi topik hangat, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan perkara ini.

Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13. Berikutan kesibukan tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mentadbir Negara, perkara ini dilakukan secara berperingkat – peringkat. Saya difahamkan sehingga kini Kedah, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Sabah telah selesai urusan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Kini 4 negeri lagi masih menunggu giliran iaitu Pahang, Johor, N.Sembilan dan Terengganu.

Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar.

ANWAR CETUS REVOLUSI GAGAL JADI PM...

Tiada ulasan:

Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini  mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.

Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

Anwar Ibrahim dinasihat agar bermuhasabah kelemahan diri dan menerima keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13

Tiada ulasan:

Anwar Ibrahim dinasihat agar bermuhasabah kelemahan diri dan menerima keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13, bukannya memperguna rakyat untuk agenda diri dan kerabat.
Saranan pedas ini dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam twitternya sebentar tadi. Ini merupakan tamparan keras kepada Anwar kerana kenyataan ini dibuat ketika Anwar sedang berucapa di hadapan 35 ribu penyokongnya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini bagi membantah keputusan pilihan raya.

Anwar mendakwa Pilihan raya ini tidak adil dan terdapat banyak penyelewengan. Namun Azmin Ali yang bosan dengan tingkah laku Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak hadir ke majlis tersebut malah menulis di twitternya membantah tindakan Anwar.

Sebagai orang kanan Anwar sejak 1990-an sehingga sekarang, kenyataan Azmin sejak malam tadi yang

KERAJAAN BN TIDAK TUMBANG WALAU PUN KAUM CINA PILIH PEMBANGKANG.

Tiada ulasan:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas.

“Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan…malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.

Cerita Tunku Aziz Kenapa Beliau Masuk DAP, Keluar DAP

Tiada ulasan:

Ini yang Tunku Aziz cerita kepada saya semasa makan asam pedas di Kota laksamana pada 1 mei 2013.

Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?

Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”

Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?

Sebab masuk DAP

Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).

Selasa, 7 Mei 2013

Kaji punca kemerosotan pengundi Cina terhadap BN

2 ulasan:

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sependapat kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca dan menangani kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada parti itu pada PRU-13.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, berkata kajian itu perlu turut mengambil kira faktor pengundi di kawasan bandar, sekali gus mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan berkenaan.
“Justeru, saya berpendapat Perdana Menteri mungkin bercadang untuk memberi fokus kepada permasalahan penduduk di bandar dalam Kabinet akan datang,” katanya selepas program perjumpaan khas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, bersama Ahli Parlimen BN secara tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

PRU-13: PEMBANGKANG KECEWA ENGGAN TERIMA HAKIKAT KEKALAHAN.....

Tiada ulasan:

Beberapa pemimpin pembangkang hari ini ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri menerusi laman twitternya berkata, beliau berada seharian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam.

"Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.

Anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai, juga dalam laman twitter berkata:

penyokong kumpulan anti-Lynas akan adakan perhimpunan esok ??

Tiada ulasan:


JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ESOK

Kuantan, 7 Mei - Polis Pahang memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung di negeri itu esok.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman
berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang
penyokong kumpulan anti-Lynas.

"Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang permohonan untuk permit
bagi perhimpunan tersebut.

"Sehubungan itu polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya
berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang
dalam kalangan peserta," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...