KUALA LUMPUR, 27 Jun – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gelojoh kerana bercakap soal pilihan raya kecil ketika keluarga Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar bersedih atas pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut itu.
Katanya perbuatan Ketua Pembangkang itu menunjukkan Anwar tidak tahu bersabar dan teruja kerana kematian A. Rahman membuka peluang kepada pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Terengganu tersebut.
“Bila orang bersedih bagi dia seolah-olah dia gembira untuk (merampas satu lagi kerusi)…(Ini) kegembiraan untuk Anwar dan terus menunjukkan rasa tamak dan gelojoh untuk menerkam satu kerusi yang ada di situ.
“Bagi saya ini masih lagi waktu bersedih kami…untuk menunjukkan simpati, dukacita dan tak
ziah kepada keluarga Allahyarham…itu yang lebih penting, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam yang bercakap mengenai pilihan raya kecil di DUN itu sedangkan penyandangnya Allahyarham A. Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia pada sebelah pagi.
Allahyarham A. Rahman, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN)mampu mempertahankan kerusi itu jika pilihan raya kecil diadakan.
“Berdasarkan keputusan lepas, BN menang dengan agak selesa, jadi tidak ada sebab untuk BN kalah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM