Benarlah tanggapan kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam selepas satu persatu agendanya dilancarkan.
Sikapnya yang memang maha putar belit setiap kenyataan yang dibuatnya. Buktinya jelas apabila Anwar sendiri gelojoh mengenai isu PRK di Kuala Besut iaitu kekosongan kerusi DUN kawasan itu selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia Rabu lalu.
Isu yang selama ini dikendong iaitu SPR tidak telus serta gesaan mahukan Ketua dan Timbalan SPR meletakkan jawatan hilang secara tiba-tiba dek kerana kerakusan beliau untuk menghadapi PRK di negeri Pantai Timur itu.
Baru sahaja beberapa hari lalu Anwar mengeluarkan kenyataan menyokong baik PAS untuk menyertai PRK Dun Kuala Besut.
Jelas sekali Anwar teruja kerana salah satu parti, PAS di bawah parti gabungan PR seolah-olahnya dapat mengembalikan maruah PR yang tercalar dalam PRU13 yang lalu kerana kalah dengan kerajaan BN. BN kini mempunyai 16 kerusi berbanding PAS yang memiliki 14 kerusi dan PKR satu.
Tetapi, berlainan pula hari ini apabila Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, parti itu mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan berkenaan yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.
Malah, ada juga cakap-cakap dari dalaman PKR sendiri memberitahu Anwar sendiri yang mendesak Azan mengeluarkan cadangan supaya PKR mengeluarkan calon bertanding dalam PRK dan bukanlah calon dari PAS.
Seperti biasa, PAS yang hanyalah parti minoriti dalam PR seakan-akan terpaksa akur dengan keputusan itu dan menerima baik cadangan dari PKR serta sedia berbincang lebih lanjut.
Walaupun di awalnya Anwar berpura-pura menyokong PAS meletakkan calon dalam menghadapi PRK, nampaknya Anwar telah menggunakan kepakarannya untuk mencaras peluang PAS menakluk Kuala Besut.
Tetapi, persoalannya, apakah PAS rela PKR menolak ke tepi peluang yang sudah pun ada untuk mendapatkan kuasa di DUN Kuala Besut?
Sekali lagi, pastinya akan berlaku pertindihan calon dalam PRK kali ini seperti mana yang berlaku di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir pada PRU13 lalu.
Semuanya kerana sikap rakus Anwar yang mahukan PKR lebih dari segala segi dan mahukan partinya itu terus berkuasa dari PAS.
Sekiranya calon PAS tidak diletakkan untuk bertanding dalam PRK Kuala Besut, alasan yang akan diberikan adalah tidak ada ‘winnable candidate’ dalam PAS berbanding calon dalam PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM