>>>> HOME <<<<

Rabu, 10 Julai 2013

PRK KUALA BESUT: PAS SAMAKAN DENGAN PERANG YANG DILALUI NABI MUHAMMAD DI BULAN RAMADHAN

WAJARKAH PAS SAMAKAN PERTANDINGAN MEREKA SEPERTI JIHAD PEPERANGAN NABI DALAM DI BULAN RAMADHAN ?
Parti Pas terlalu inginkan kemenangan bagi menjadikan 16-16 kerusi DUN Terengganu, tetapi pada masa yang sama mereka berdepan dengan PRK Kuala Besut yang merupakan kubu kuat BN membuatkan mereka jadi ‘binggung’. Yang sedihnya, ada pemimpin Pas yang kaitkan Ramadhan itu bulan jihad dalam konteks peperangan yang dilalui Nabi Muhammad dengan musuh Islam. Nak berperang macam Nabi Muhamad lawan musuh Islam yang menentang Islam, sanggup dikaitkan begitu sekali sedangkan calon Umno di Kuala Besut nanti adalah orang Islam juga. Penerangan Pemuda Pas Pusat melalui kenyataan terbuka ketuanya Riduan Mohd Nor secara terang-terangan mengaitkan pilihan raya di bulan Ramadhan adalah sesuai dengan bulan jihad, kononnya sama dengan peperangan yang Nabi Muhammad lalui di bulan Ramadhan bagi menentang musuh. Inilah perbuatan yang
tidak wajar mengaitkan Pas dan membuat anologi atau bandingan dengan sirah Nabi Muhammad, seolah-olah orang Islam lain yang tidak bersama Pas tidak berada di pihak Islam dan Nabi Muhammad. Apa pun kita berharap Pas menjaga kemurnian dan kesucian agama Islam di bulan Ramadhan ini supaya tidak menafsirkan ‘jihad’ itu sebagai peperangan, dalam dalam konteks ini peperangan yang berhadapan dengan BN dalam PRK.
>SUMBER<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...