>>>> HOME <<<<

Jumaat, 5 Julai 2013

PULAU PERHENTIAN KUBU KUAT BARISAN

Kuala Besut adalah kubu Umno/BN Terengganu kerana semua Dun dan Parlimen dimenangi Umno/BN, Dun Kuala Besut pula adalah kubu kuat Umno Besut dengan majoriti paling besar berbanding Dun Dun lain dalam Parlimen Besut iaitu 2, 434…manakala Pulau Perhentian pula adalah kubu kuat bagi Dun Kuala Besut. Maka terlalu sukar untuk pembangkang mendapat undi di PDM pulau ini. BN tidak pernah kalah di situ dalam apa jua keadaan pun. Dalam PRU 13 yang lalu, BN memperolehi majoriti 269 undi di pulau tersebut iaitu BN memperolehi 448 undi manakala Pas cuma mendapat 179 undi sahaja. Keadaan ini membuatkan Pas sukar bagaimana hendak mendapat undi , sebab itu Pas melalui muslimatnya awal awal datang merasuahkan beras kepada pengundi sebagai kaedah matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka rasuah itu adalah perbuatan halal di sisi Islam kerana tertulis Pertubuhan Penyayang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...