>>>> HOME <<<<

Khamis, 25 April 2013

10 Sebab Kenapa Orang Cina WAJIB TOLAK DAP & PAS! #GE13 #Vote4BN


Jika anda pengundi berbangsa Tiong Hua dan sangat sayangkan keamanan dan perpaduan yang kita semua kecapi selama ini, di sini kami menyediakan 10 sebab kepada anda dan rakan taulan untuk menolak DAP. Baca dan hayatilah ia dengan ahti yang terbuka sebagai kawan dan rakyat yang cintakan negara. Ini adalah kompilasi luahan apa yang terbuku dalam hati semua orang Melayu.

Sekadar peringatan mesra, sekiranya anda masih lagi menolak kesemua perkara di bawah tanpa berfikir panjang, kami menganggap anda adalah tegar bersama DAP yang berniat jahat untuk mengambil alih dan menguasai Negara ini keseluruhannya daripada majoriti kaum Melayu dan Bumiputera. Sila hargai kedudukan dan peranan yang telah orang Melayu korbankan kepada anda selama ini:


1) DAP menolak DEB, satu dasar yg memberi keadilan sosial kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Jika dasar ini tiada, jurang kaya-miskin bertambah jauh dan akan akhirnya akan mewujudkan social unrest. Tindakan DAP memburuk-burukkan dasar ini sebagai dasar rasuah UMNO dan untuk memperkayakan kroni adalah kerana mereka tidak gembira melihat orang Melayu mampu bangun dan berdiri sama tinggi dengan bangsa mereka.

2) DAP hanya mempromosi konsep meritokrasi, yang akan memberikan kelebihan besar kepada satu kaum yang kini menguasai ekonomi, walaupun komposisi mereka minoriti. Keadaan ini juga akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosial dalam negara terutamanya kepada kaum majoriti dan akhirnya akan mewujudkan social unrest. Anda rasa apa punca sebenar Perang Balkan?!!

3) DAP tidak pernah serius memperjuangkan nasib semua kaum, terutamanya orang Islam, dan hanya menumpukan kekuatan dan kempen mereka kepada orang Kristian dan Cina sahaja. Adakah orang Cina mahu mengasingkan diri mereka daripada kaum-kaum lain di negara ini kerana status sosial mereka tidak setanding mereka?

4) Visi dan misi DAP sangat condong berkiblatkan tanah besar China dan Singapura, dan ini sangat bertentangan dengan semangat jati diri Malaysia.

5) DAP juga harus dijauhi kerana jelas sekali parti tersebut dikuasai hanya satu kaum dan keluarga (dinasti Lim) semenjak penubuhannya lagi. Sekiranya mereka berkuasa, ia akan melahirkan sebuah negara autokratik dan kuku besi sama seperti parti DAP itu sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku semasa pemilihan CEC DAP baru-baru ini sehingga mengundang masalah dengan ROS. Apakah orang Cina mahukan sebuah lagi Dinasti Keluarga yang susah payah mereka tumbangkan di China satu ketika dahulu?

6) DAP adalah punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 (setelah perarakan kemenangan mereka mencetus provokasi ke atas orang Melayu) selain banyak ahli mereka yang terlibat dlm penyembelihan org Melayu ketika itu. Mereka tidak pernah menyesal dan minta maaf atas kejadian ini.

7) DAP tidak pernah mempromosi perpaduan kaum mengikut konsep keadilan, tetapi matlamat mereka adalah kesamarataan yang akan menyebabkan minoriti "merampas" hak yang sepatutnya kepada majoriti.

8) DAP juga gagal mengiktiraf konsep Raja Berpelembagaan yang menjadi tunjang Negara selama ini, dan cenderung kepada konsep Republik (Raja Melayu dihapuskan keseluruhannya). Ini boleh mendatangkan risiko ketegangan kaum satu masa nanti. Bukti mereka menolak Ketuanan Raja Melayu adalah apabila mereka enggan menerima darjah kebesaran daripada Istana.

9) DAP sering menentang apa sahaja hukum Islam yang mereka rasakan akan memberi kesan kepada kaum mereka, malah sering masuk campur terhadap urusan agama Islam dan mengeksploitasinya demi untuk satu undi. Perkara ini adalah satu provokasi kepada orang Islam. Anda sendiri tidak suka orang lain mempermainkan kepercayaan agama anda bukan?

10) Tindak-tanduk DAP sering bercanggah dengan Perlembagaan kerana mahu mengangkat diri mereka sebagai jaguh minoriti di sebalik perpecahan kaum majoriti, tetapi mereka tidak pernah berniat mahu menjadi jaguh kepada majoriti (Melayu/Bumiputera) kerana kaum itu bukan kepentingan mereka. Adakah anda rasa ini ADIL bagi parti yang mahu menjadi peneraju pentadbiran sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...