>>>> HOME <<<<
Jumaat, 26 April 2013
KALAU PASAL HUDUD, PI TANYA UMNO, JANGAN TANYA PAS ATAU KARPAL SINGH!
Hairan sungguh saya dengan Nik Aziz, PAS dan pembangkang!!
Lihat posting ini. Nik Aziz marah orang tanya Karpal Singh pasal Hudud. Dia pertahan Karpal Singh. Dia suruh pi tanya UMNO, sebab UMNO yang perintah Malaysia.
Habeh tu PAS, PKR, DAP dan PR tak bercadang dan bercita2 nak perintah Malaysia ke selepas PRU 13 wahai Nik Aziz?
Awak dan konco2 awak dalam PR plan nak jadi pembangkang sampai kiamat ke? Cakap macam UMNO akan perintah sampai bila2, awat tak yakin PR menang ke Nik Aziz?
Bukankah PR, termasuk PAS, melalak sana sini seluruh dunia bahawa mereka akan menang PRU 13 dan menguasai kerajaan Pusat Malaysia dan Putrajaya.
Baca saja blog2 Pembangkang dan penyokong2 pembangkang di Facebook ni. Mereka sangat yakin 100% bahawa pada 6/5/2013, kerajaan PR akan terbentuk di Putrajaya.
Kalau dah PR yakin akan perintah Malaysia selepas PRU 13, apa pasal nak suruh tanya UMNO tentang Hudud? Bukankan UMNO akan jadi Pembangkang selepas PRU 13 nanti dan sudah tak berkuasa lagi?
Bukankah DAP dan Karpal Singh akan mempunyai kuasa dalam kerajaan Pusat selepas PRU 13 kerana PR akan menang? Tidakkah rakyat berhak tanya Karpa Singh pasal Hudud?
Nampak sangat pandangan Nik Aziz tak waras. Dia sengaja salahkan UMNO dan gunakan UMNO untuk atasi kegagalan PAS mempengaruhi Karpal Singh dan DAP supaya menerima Hudud.
Kalau dah PR yakin perintah Malaysia pada 6/5/13, soalannya bukan lah samada UMNO akan buat Hudud atau tak. UMNO dah jadi history. Soalan yang patut Nik Aziz jawab ialah: APAKAH DAP & KARPAL SINGH AKAN IZIN PAS & NIK AZIZ LAKSANAKAN HUDUD??
P/S habis dulu sapa yang beria ria dok janji nak laksanakan hudud pok ni ooo
di
6:15 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM