>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

Air Mata Kambing Tumpah Di Putrajaya



Menjelang penamaan calon PRU 13 dua wayang menumpahkan air mata telah dipersembahkan kepada kita dalam usaha untuk menagih simpati rakyat. Menjelang hari pengundian kelak entah berapa kilo lagi bawang merah diperlukan untuk menumpahkan bergelen-gelen lagi air mata mereka.

Dua hari lepas kita dipersembahkan dengan pentas opera cina lakonan Lim Kit Siang di Johor Bharu. Di mana dia menumpahkan air mata komunisnya konon-kononnya ROS tidak membenarkan DAP bertanding atas tiket mereka.

Semalam pula semasa penamaan calon di Putrajaya, calon Pas di kerusi berkenaan pula tak semena-mena menumpahkan air mata kambingnya. Selepas itu ambil gambar dan sebar dalam laman-laman siber. Kuat wayang puak-puak ni beb....Semuanya nak menagih simpati masyarakat.



Pada hemat saya, watak begitu dilakonkan dengan harapan pemain-pemain cyber pro BN akan memainkan gambar itu dan berkata dia menangis kerana menuju kekalahan. Bila banyak orang berkata begitu, maka dia akan dapat simpati pengundi dan seterusnya mendapat undi.

Nak pergi penamaan calon dia menangis, kenapa pula apabila orang Kelantan yang meninggal dunia hingga jenazah tak dapat diuruskan kerana tiada air, tiada pula gambar dia menangis bersedih dengan situasi itu ?

Batu asas di atas dah hampir 20 tahun diletakkan untuk pembinaan jambatan di Tumpat, sampai hari ini sebatang cerucuk pun tak ditanamkan, kenapa dia tak menangis kerana gagal melaksanakan janji tersebut kepada rakyat Kelantan ?

Nak pergi penamaan calon menangis, kenapa dia tak menangis sewaktu Hadi Awang capai persetujuan bersama Anwar dan Kit Siang untuk benarkan agama lain pakai kalimah Allah ?
BY >
Megat Panjialam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...