>>>> HOME <<<<

Sabtu, 3 Ogos 2013

BUKU PENGHAPUSAN BANGSA MELAYU KITA TAHU SIAPA DALANG KWMM

Dzulkarnain Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang bertujuan untuk propanganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara sistematik yang berjudul “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries” diterbitkan National University of Singapore pada tahun 2004.
“Kita tahu (siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin veteran Singapura.
“Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik.
“Kalau cuba dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa dan buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara,”katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9 Julai.

Menurutnya kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu yang sistematik terhadap masyarakat Melayu
“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah, (ditulis), ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberi Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat dia sendiri (dan) pelancong.
“Dan sebab itulah Melayu ini dibenci di luar negara kerana bangsa kita ini terutamanya Singapura ni, mereka amat mencemburui bangsa Melayu ini,”katanya lagi.
Wawancara lengkap bersama Dzulkarnain bakal menyusul selepas selesai penyiaran wawancara bersama Shen Yee Aun disiarkan di laman ini.
Sementara itu, penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman dilaporkanUtusan hari ini menafikan bangsa Melayu adalah golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, bangsa Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini, menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.
“Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.
Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.
“Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
“Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu,” katanya.
“Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud ‘orang gunung’,” katanya.
Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.
“Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek,” ujarnya.
By: AIDC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...