>>>> HOME <<<<

Rabu, 31 Julai 2013

GEMPAR: PEMAIN HOKI NEGARA , CHUA BOON HUAT MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI TADI!!!

Tiada ulasan:
Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat Kelana Jaya jam 3 pagi tadi. TAkziah MF ucapkan kepada beliau,hilanglah sebutir permata daripada sekuad hoki negara.

Ahad, 28 Julai 2013

‘The New Village’ Tidak Perlu Ditayang Jika Agungkan Komunis – Khairy

Tiada ulasan:
TAPAH, 29 Julai  - Kebenaran terhadap penayangan filem ‘The New Village’ perlu ditarik balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan tontonan treler filem itu dilihat seolah-olah ia mengagung-agungkan pejuang komunis dan perkara itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Ini satu usaha untuk menulis semula sejarah kita dengan mengagung-agungkan komunis yang kita tahu adalah pengganas yang banyak melakukan keganasan di negara kita.

Sorang nak jalan kaki,sorang nak bogel.sorang lagi nak potong jari #PRK KUALA BESUT

Tiada ulasan:
PRK Kuala Besut melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Barisan Nasional melalui calonnya Tengku Zaihan telah memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,592 iaitu lebih 158 kerusi daripada majoriti yang diperolehi di dalam PRU13.


Dalam keghairahan penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak menerima keputusan semalam, ada yang terkesan dengan niat dan hajat sebelum keputusan diumumkan.

Pertama, Abang di sebelah dikatakan akan berjalan kaki daripada Kuala Besut ke Kuala Lumpur kerana Barisan Nasional telah menang semalam. Mohd Noor Mat, 64, yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran setelah calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Jumaat, 26 Julai 2013

Kuala Besut Kekal Biru, Petanda Baik Untuk BN Dan UMNO

Tiada ulasan:
KUALA BESUT, 25  Julai – Keputusan pengundi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut milik Barisan Nasional (BN) adalah satu petanda sokongan padu rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kemenangan BN itu juga adalah hadiah harijadi Perdana Menteri yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-60 semalam.

Menepati ramalan bahawa Kuala Besut merupakan kubu kuat BN, natijah kemenangan ini memperkukuhkan kedudukan UMNO, sebagai parti terbesar kaum Melayu terus mendapat sokongan orang Melayu.

Pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN menyaksikan pertembungan matang dua parti Melayu, sekali gus menyuburkan proses demokrasi di negara ini.

Rabu, 24 Julai 2013

KALAH PRK KUALA BESUT - PAS MULA SEBAR FITNAH

Tiada ulasan:







FITNAH TERBARU PAS PENGUNDI INDO > BILA KALAH DI KUALA BESUT
KEPADA SEMUA JANGANLAH PERCAYA FITNAH PENGUNDI INDON TERSEBUT ... NI NYATA PIC YANG SAMA TELAH DIGUNAKAN DALAM BEBERAPA BLOG DENGAN WAKTU DAN TARIKH SERTA LOKASI YANG BERBEZA .... XKANLAH UMNO RASUAH GOOGLE KOT SEBAB NAK MENANG PRK
SENARAI BLOG YANG POST BERITA PALSU TERSEBUT
SUMBER FITNAH  > 1.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200186314927759&set=gm.408288559292224&type=1&theater

2. http://mutaligat.blogspot.com/2013/07/gempar-prk-kuala-besut-pengundi-hantu.html

3.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=640335019311937&set=a.602430799769026.1073741828.602422866436486&type=1&theater

5.http://mutaligat.blogspot.com/2013/07/gempar-prk-kuala-besut-pengundi-hantu.html

6.http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2013/07/berita-gempak-tim-pengerusi-spr-pulak.html
UNTUK LEBIH JELAS SILA RUJUK  >> SINI <<


“Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasiq membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan”.

Keputusan Rasmi PRK N01 Kuala Besut : BN Menang Dengan Majoriti 2592 Undi

Tiada ulasan:

BN  mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dalampilihanraya kecil hari ini dengan meraih majoriti yang lebih besariaitu 2,592undi.
Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN dengan menyaksikan calon BN, TengkuZaihanChe KuAbdRahman, 37, memperolehi [8288 ] undi menewaskan calon PAS, Endut@AzlanYusof, 48, dengan [ 5956] undi.
Berlaku pertambahan majoriti sebanyak 158undi, walaupun jumlah keluar mengundi merosot kepada 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di DUN berkenaan.
Pada PRU 13, jumlah keluar mengundi sebanyak 87 peratus.
Padapilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua lapan peti undii.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.
Dalam PRU 13, Mei lalu, pengundi DUN Kuala Besut memberi 8,809 undi kepada arwah Dr. A. Rahman Mokhtar dan memberi 6,375 undi kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434.
Keputusan rasmi PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Besut, sebentar tadi.
Calon BN meraikan kemenangan bersamaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin; Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri IdrisJusoh.
Pengumuman kemenangan Tengku Zaihan calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.
Kuala Besut yang terkenal dengan perkampungan nelayan mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cinadan 0.1 peratus India.
Menurutrekod PRU-12 (2008), jumlah majoriti yang dimenangi A. Rahman itu sedikit merosot berbanding 2,631 undi apabila mendapat sebanyak 7,123 undi manakala calon Pas, Nik Zawawi Salleh hanya memperoleh 4,492 undi.
Pada PRU-11 (2004); calon BN, Abdullah CheMuda jugamenang denganmajoriti 2,027 undi tetapi seorang lagi calon BN, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman kalah kepada calon Pas dengan perbezaan 487 undipada PRU-10 (1999).
Keputusan penuh PDM PetiUndi (TidakRasmi)
Pulau perhentian – BN 454 / PAS 179 Maj. 275
Seberang barat – BN 805 / PAS 452 maj. 353
Kg. Nail – BN 822 / PAS 523 maj. 299
Seb. Barat luar – BN 1590 / PAS 821 maj. 769
Toksaboh – BN 1534 / PAS 959 maj. 575
Kg. Nangka – BN 524 / 510 maj. 14
Kg. Baru – BN 1006 / PAS 979 maj. 27
Bkt. Puteri – BN 967 / PAS 946 maj. 21
Undiawal – BN 582 / PAS 319 maj. 263
Undipos – BN 9 / PAS 0 maj. 9
BN MENANG dgn MAJORITI 2605 UNDI
Seccara Keseluruhan Barisan Nasional dengan rasmi memenangi PRK N01 Kuala Besut dengan majoriti 2592 undi.
Terengganu Today dibawah kelolaan Dato’ Wan Ahmad Bin Wan Muda mengucapkan tahniah dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua jentera yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh berkempen selama 12 hari yang lalu.
Kemenangan ini amat bermakna buat rakyat Kuala Besut.
sumber

BN MENANG.TERKINI KEPUTUSAN PRK KUALA BESUT # TIDAK RASMI

Tiada ulasan:

BN menang mejoriti  2583 di semua pdm bn menang(termasuk bukit puteri.kg nangka) walaupum peratus keluar mengundi menurun ke 79%,(pru 13 89%)tahniah bn terima kasih pada semua jentera bn
Jumlah mengikut pengiraan undi : BN = 8279 PAS = 5696 Majoriti yg dimenangi oleh BN 2583

1. Seberang Barat luar - BN 1007 - PAS 274 (tak rasmi )
 2. Kg Baru - BN 748 - PAS 478 (tak rasmi)
3. P.Perhentian - BN 398 - PAS 187
4. Seberang Barat - BN 544 - PAS 176 (tak rasmi)
5. Bukit Puteri - BN 967 - PAS 946
6. Kg Nangka - BN 524 - PAS 510
7. Tok Saboh - BN 1543 - PAS 956
 8. Kg Nail - BN 822 - PAS 523
Keputusan akan di update dari masa ke semasa

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK KUALA BESUT

2 ulasan:
BN MENANG

pdm kg baru seb barat seb barat luar masih belum tahu in sya allah bn memang

PRK KUALA BESUT# PDM PULAU PERHENTIAN KEPUTUSAN TIDAK RASMI

Tiada ulasan:
BN 454, PAS 173 , ROSAK 4
BN MENANG

PRK KUALA BESUT # KEPUTUSAN TIDAK RASMI PDM TOK SABOH

Tiada ulasan:
BN 1543
PAS 958
BN MENANG

PRK Kuala besut.keputusan tak rasmi TUDM Gong kedak

Tiada ulasan:
saluran 1.2.
BN 315, PAS 168
BN 266, PAS 151
BN MENANG

prk kuala besut # Keputusan tak rasmi pdm bukit puteri

Tiada ulasan:
saluran 1.2.3
BN 171 ,PAS 138 ,ROSAK3
BN 220 ,PAS 247  ,ROSAK 0
BN 223  PAS 202 ,ROSAK 3
BN MENANG BAGI PDM BUKIT PUTERI

Jumaat, 19 Julai 2013

PRK KUALA BESUT - Nik Aziz Kata Orang Umno Tak sembahyang

Tiada ulasan:
Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu Hurairah RA yang bermaksud : "Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Tetapi kalau masih ada manusia yang masih membuat tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan terhadap orang lain pada bulan Ramadhan, syaitan jenis apakah yang masih menguasai manusia itu ? Itu bukan lagi syaitan, sebab syaitan semua dah kena rantai pada bulan Ramadhan, itu lebih atas daripada syaitan lagi gamaknya..

PRK KUALA BESUT - Umno Buat Masjid Guna Duit HARAM!!!

Tiada ulasan:
Hari nii ramai penyokong pas dari luar Besut yang datang untuk berkempen,, tertukar masjid semasa solat Jumaat... sepatutnya mereka cari masjid pas tapi mungkin kerana tidak arif.. mereka terpaksa juga singgah utk solat di masjid kerajaan...

entah mengapa pemimpin mereka tak bagitau awal2...... aku musykill benar... sebab sebelum ini.. ramai penyokong pas di besut niii yg tak jejak kaki di masjid yg dibina oleh kerajaan..... kononnya masjid yg didirikan oleh kerajaan datangnya dari duit HARAM..... maka berduyun-duyunlah pada setiap hari Jumaat mereka ke masjid di Kg Padang Landak (Jerteh), Kg Lahar Amer (Kota Putera) dan Kg Tok Saboh (Kuala Besut).

Sesetengah penyokong tegar pas sanggup 'melangkau' beberapa buah masjid semata-mata nak solat Juaat di masjid puak mereka.....

PRK KUALA BESUT - Nik Aziz Seru Calon BN Undi PAS, Masuk Syurga

Tiada ulasan:
BILA ORANG TUA NI NAK INSAF, TAK PUAS HATI LAGI KE DENGAN PERPECAHAN ORANG MELAYU SEKARANG INI........
Nik Aziz Seru Calon BN Undi PAS, Masuk Syurga

BESUT: Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut digesa supaya menolak calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno kerana parti itu didakwa tidak memperjuangkan ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, perjuangan Umno di atas semangat kebangsaan untuk membela bangsa Melayu tidak akan membawa ke syurga.

"Umno tolak Islam...ambil (semangat) kebangsaan. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris...tapi nak bela orang Melayu.

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat nanti bila ditanya...kamu bangsa apa? Melayu...haa boleh masuk syurga. Senang la macam tu.

"Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat, sebab itu Nabi Muhammad SAW bukan pembela bangsa Arab tapi pembela Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Beris Pak Abu di sini, Khamis malam.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu juga dilihat mengingkari janji PAS untuk berkempen secara sihat dan berhemah khususnya ketika Ramadan apabila menuduh parti lawan dengan pelbagai dakwaan.

Katanya Umno merosakkan pemikiran rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid hingga menyebabkan umat Islam menjadi kedekut.

"Umno suruh buat masjid, tapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja.

"Kenapa saya kata tidak akan buat masjid? kerana Umno khianat kepada otak orang Kelantan. Mereka buat banyak masjid, surau. Akhirnya orang Kelantan menjadi kedekut.

"Cari duit hanya buat rumah, beli tanah, beli kereta...masjid tak buat. Ini satu kecelakaan yang menimpa," katanya.

Menerusi ceramahnya Nik Aziz turut menggesa pengundi termasuk calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman supaya mengundi PAS.

"Tolonglah...bukan sahaja orang PAS, tapi saya nak minta calon Umno sendiri undi PAS.

"Apa yang tak kena dengan PAS? PAS sebut tentang Islam...yang tolak Islam bukan Cina, tapi Umno yang menolak Islam," katanya.mstar

Khamis, 18 Julai 2013

PEMIMPIN PAS YANG GOMOL TANAH BERNILAI TINGGI- TAPI MEREKA TUDUH BN: BAHKAN BEKAS ADUN PAS KUALA BESUT- NIK ZAWAWI SALLEH JUGA TERLIBAT

Tiada ulasan:
BEKAS ADUN PAS KUALA BESUT- NIK ZAWAWI SALLEH JUGA TERLIBAT GOMOL TANAH


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.

“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri.

“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.

Selasa, 16 Julai 2013

Che Long Hina Pengundi Kuala Besut

Tiada ulasan:

Dikatakan juga banyak kekayaan dan perniagaan beliau adalah milik bersama antara beliau dengan Husam dan oleh itu tidak hairanlah bila PAS amat berbangga sehingga menjadi fokus kempen PAS bahawa calon mereka adalah orang kaya.,ini juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat Kuala Besut yang seolah-olah mereka ini terlalu miskin serta papa kedana hingga memerlukan orang kaya sebagai pemimpin mereka.

Seolah-olah semua masalah rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. dan PAS terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu rakyat Kuala Besut lali serta terlupa bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa keatas Che Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.

Lihat sahaja pengabdian Che Long terhadap Husam Musa sewaktu PRU13 yang lepas sehingga sanggup meninggalkan Nafisah,calon PAS Kuala Besut sebelum ini bersendirian dan terkontang kanting hingga tewas dalam PRU13 yang lepas di DUN Kuala Besut.Berapa banyak sumbangan Che Long untuk Nafisah di Kuala Besut ketika itu berbanding sumbangan Che Long kepada Husam di DUN Salor dan Parlimen

KUALA BESUT-jangan ada yang cuba jadi seperti anai-anai!

Tiada ulasan:
TEMPOH cuma tinggal 9 hari sahaja lagi untuk seluruh rakyat Terengganu mengetahui samada hasrat PAS untuk menawan serta menggugat kerajaan Barisan Nasional Terengganu dengan catatan sejarah 16 :16 akan terlaksana ataupun tidak ataupun BN Terengganu terus kukuh menguasai Kerajaan Negeri dan segalanya terletak ditangan seramai 17,683 pemilih berdaftar,mereka inilah yang akan menjadi penentu kepada demokrasi dalam Negara ini.


Sejak  dari hari kematian Allahyarham DrRrahman,PAS dan Anwar Ibrahim dan ketua menjadikan kematian Wakil Rakyat BN ini sebagai khabar gembira saolah-olah mereka begitu yakin dan pasti akan menang dan langsung tidak menghormati perasaan sedih keluarga Allahyarham malah apa sahaja balasungkawa yang menimpa BN,semuanya dijadikan khabar gembira oleh kumpulan manusia durjana ini yang berpegang pada matlamat menghalalkan cara.


Namun hakikatnya mimpi PAS dan pembangkang rupa-rupanya tidaklah seindah realiti yang ada, bermula dari pemilihan calon sehinggalah tempoh berkempenyang  tinggali 9 hari lagi,PAS berhadapan dengan jalan yangcukup  berliku biarpun  mereka cuba sedaya upaya mengajak rakyat Kuala Besut untuk mencipta

Ahad, 14 Julai 2013

PRKKualaBesut : Bukan Nak Menghina Tetapi Calon PAS DUN Kuala Besut Memang Terlalu Hina!!!

Tiada ulasan:
Bukan lagi rahsia apabila calon PAS untuk DUN Kuala Besut, Azlan Jusuh merupakan bekas ahli UMNO dan merupakan salah seorang daripada AJK Pemuda Cawangan yang bergerak aktif suatu ketika dahulu sehinggalah dia gagal memperolehi kontrak besar daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai kontraktor Kelas A, dengan nilai kontrak melebih RM2 juta, secara sahnya projek tersebut adalah projek Kerajaan Persekutuan.

Kali terakhir, Azlan Jusuh memperolehi projek besar, meskipun dia hanyalah pemegang SPM berpangkat Gred 3, adalah pada tahun 2003. Selepas itu, kegagalan untuk mendapatkan projek, membuatkan dia berpaling kepada PAS dengan harapan PAS terutama sekali di Kelantan akan memberikannya lebih banyak projek dan menjadikannya lebih kaya berbanding orang lain.

Che Long NaK Swastakan jawatan yangberhormat jika menang prk

Tiada ulasan:


SILA TONTON VIDEO DI BAWAH DAN PENGUNDI DI DUN KUALA BESUT FIKIR2 KAN LAH SENDIRI,ADAKAH CALON MACAM INI MENJADI PILIHAN ANDA??

Jumaat, 12 Julai 2013

ke mana hilangnya ustaz dan ulamak dalam Pas

Tiada ulasan:
Gelangang PRK telah bermula dengan rasminya pagi tadi. Pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pas. Ke mana menghilangnya calon-calon bertaraf ustaz dan ulamak dalam Pas sehinggakan terpaksa menamakan  seorang yang bukan dari kalangan ustaz dan ulamak sebagai calon. Apa yang ingin dikongsikan kali ini ialah bahawa calon Pas iaitu Che Long ini sememangnya mempunyai beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Che Long.
Antara syarikat yang dikaitkan dengan Che Long ialah:

Penamaan Calon PRK Kuala Besut: PAS Kembali Guna Modal Kafir

Tiada ulasan:
DI SEBALIK gebang gebangan bahawa pembangkang ini bersatu padu di bawah satu gagasan, pilihanraya kecil Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang secara jelas menunjukkan bahawa hanya PAS sahaja yang terlibat dalam kempen kali ini.

Tak begitu nampak penyokong PKR apatah lagi DAP di kawasan ini dan tempat pencalonan yang dipenuhi dengan karat-karat hijau yang kita percaya diimport masuk dari negeri sebelah, Kelantan. Jangan kata penyokong, bendera pun hampir tidak ada walaupun gebangnya puak-puak ini bersatu dalam satu pakatan (haram).

Agaknya dalam kawasan yang 97% terdiri dari pengundi Melayu ini, modal PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR ini tidak begitu laku atau boleh memberi kelebihan untuk menambah undi PAS semasa hari pengundian pada 24 Julai yang akan datang.

PRKKualaBesut : Calon Pas Pernah Di Tangkap Hisap Ganja ?!!

Tiada ulasan:
Azlan @ Endut bin Yusof (48) anak jati Kuala besut ini telah diumumkan sebagai calon Pas bagi PRK N01 Kuala Besut. Beliau yang juga merupakan seorang kontraktor kelas A sentiasa berulang alik dari Besut ke Kelantan sentiasa sibuk dengan tugasannya sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Maklumat yang diperolehi daripada sumber dalaman Pas Kuala Besut menyatakan Che Long ini merupakan anak emas Husam Musa maka tidak peliklah Che long yang kini merupakan bendahari Pas Kawasan Besut dipilih menjadi calon Pas dalam PRK Kuala Besut ini. Malah lebih menarik lagi dimaklumkan juga bahawa dulu Che Long pernah ditangkap kerana kes dadah.

Rabu, 10 Julai 2013

PRK KUALA BESUT: PAS SAMAKAN DENGAN PERANG YANG DILALUI NABI MUHAMMAD DI BULAN RAMADHAN

Tiada ulasan:
WAJARKAH PAS SAMAKAN PERTANDINGAN MEREKA SEPERTI JIHAD PEPERANGAN NABI DALAM DI BULAN RAMADHAN ?
Parti Pas terlalu inginkan kemenangan bagi menjadikan 16-16 kerusi DUN Terengganu, tetapi pada masa yang sama mereka berdepan dengan PRK Kuala Besut yang merupakan kubu kuat BN membuatkan mereka jadi ‘binggung’. Yang sedihnya, ada pemimpin Pas yang kaitkan Ramadhan itu bulan jihad dalam konteks peperangan yang dilalui Nabi Muhammad dengan musuh Islam. Nak berperang macam Nabi Muhamad lawan musuh Islam yang menentang Islam, sanggup dikaitkan begitu sekali sedangkan calon Umno di Kuala Besut nanti adalah orang Islam juga. Penerangan Pemuda Pas Pusat melalui kenyataan terbuka ketuanya Riduan Mohd Nor secara terang-terangan mengaitkan pilihan raya di bulan Ramadhan adalah sesuai dengan bulan jihad, kononnya sama dengan peperangan yang Nabi Muhammad lalui di bulan Ramadhan bagi menentang musuh. Inilah perbuatan yang

SATIPUL DISINGKIRKAN SEBAGAI PENGARAH PRK PAS KUALA BESUT??

Tiada ulasan:
Pas semakin menghadapi krisis dalaman yang cukup dahsyat apabila YB Satipul
(Adun Paka) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu tiba-tiba tersingkir sebagai Pengarah Pilihanraya PAS untuk PRK Dun Kuala Besut.

Malam semalam, Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan calon PAS, seorang kontraktor Azlan Endut @ Che Long juga mengumumkan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut.

Persoalannya ialah, sebelumnya ini Pesuruhjaya Pas Terengganu, YB Mohd Wahid Endut telah mengistiharkan YB Satipul Bahri sebagai Pengarah PRK dan Setiausahanya Zakaria Dagang.

Kemana muka YB Satipul hendak diletakkan bila Husam Musa tiba-tiba mengambil alih tempatnya.

YB Satipul duduk di barisan belakang semasa pengumuman calon di buat oleh Pas malam kelmarin dan Zakaria Dagang tidak hadir.

Selasa, 9 Julai 2013

Wahid Endut Boikot Husam Musa di Majlis Perisytiharan Calon PAS Prk Kuala Besut

Tiada ulasan:
PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut yang juga wakil rakyat DUN Wakaf Mempelam tidak puas hati dgn perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Dun Kuala Besut. Wahid dalam satu sms kepada seorang pimpinan pas Terengganu berkata semasa Pilihanraya Kecil Manek Urai pada tahun 2009, Pas Terengganu tidak dibenarkan terlibat.
Sampaikan poster presiden Pas pun PAS Terengganu tidak dibenarkan pasang oleh PAS Kelantan, Tetapi apabila tiba PRK melibatkan Negeri Terengganu di Pilihanraya Kuala Besut, orang Kelantan pula yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Kuala Besut.

Calon Pas Prk Kuala Besut N-01 Azlan Yusof

Tiada ulasan:

Peniaga.Azlan Yusof  atau lebih dikenali dengan panggilan Che long oleh penduduk tempatan dipilih calon PAS DUN Kuala Besut.anak jati besut.

Tengku Zaihan Calon BN PRK Kuala Besut

Tiada ulasan:
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kuala Besut pada 24 Julai ini.
(TENGKU ZAIHAN BERTOPI CALON N-01 K BESUT)
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut


sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.
Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Isnin, 8 Julai 2013

PRKKualaBesut Nik Zawawi Calon Pas Kuala Besut ??

Tiada ulasan:

Teka teki siapa bakal calon pas bagi dun kuala besut,tapi khabar khabar anging bertiup kencang mengatakan Datuk Nik Zawawi Nik Salleh Setiausaha Majlis Syura Pas merupakan tokoh yang di canang2 sebagai calon pas dun kuala besut, masyarakat yang terkenal di Besut. Beliau pernah menjadi Adun Hulu Besut tahun 1999-2004.

Ahad, 7 Julai 2013

Pakatan Pembangkang Adalah Pembunuh Sebenar Demokrasi Di Negara Ini

Tiada ulasan:
KUALA LUMPUR, 5 Julai – Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib membidas konsep ketelusan dan kebebasan bersuara yang kononnya diamalkan di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang dan menyifatkan ianya sebagai satu penipuan besar kepada rakyat di negara ini.

Menurut beliau, apa yang jelas hari ini ialah, kepimpinan pembangkang akan bertindak bagi menyekat sebarang kritikan atau pendedahan berhubung kepincangan mereka dengan pelbagai penafian termasuk bertindak menyaman individu atau organisasi yang mendedahkan perkara tersebut.

“Sebagai contoh kita dapat lihat bagaimana Lim Guan Eng begitu melenting apabila ada cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat dakwaan Red Bean Army yang didakwa ditaja oleh DAP untuk menjatuhkan kerajaan, sehingga meminta PM untuk masuk campur dalam hal ini.

Tahniah Rakyat Selangor Kerana Mengundi Pr Pada Pru 13 Lalu

Tiada ulasan:
APA CERITA NI ?BAZAR RAMADHAN DI TUTOP,PUSAT HIBURAN DI BUKA PADA RAMADHAN INI.
Tahniah kepada kepada Pakatan Haramjadah yang kini ditunjangi DAP kerana berpegang kepada kata-kata dan tidak pernah berundur.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini mencadangkan agar bazar Ramadan ditutup untuk mengelakkan kesesakkan dan ia telah dipenuhi.
Gambar di atas memperlihatkan Majlis Perbandaran Kajang menjadi pihak berkuasa tempatan pertama memulakan langkah yang menyamai cadangan DAP.

Sabtu, 6 Julai 2013

Krisis Mesir: Pelajar disaran pulang - Dato'Seri Idris Jusuh

Tiada ulasan:

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia di Mesir yang telah selesai menghadapi musim peperiksaan dan tidak terlibat dengan program akademik seperti latihan praktikal atau 'summer course', dinasihat pulang bercuti memandangkan situasi politik negara itu yang kurang stabil.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata para pelajar juga tidak digalak ke luar wilayah untuk aktiviti melancong, sebaliknya dinasihat tinggal di premis kediaman masing-masing.

"Para pelajar juga dinasihat sentiasa mengikuti hebahan media massa, Education Malaysia Egypt (EME) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dari masa ke masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pulau Pinang Akan Diisytiharkan Sebagai Negeri Kristian Secara Rasmi Dalam Tempoh Terdekat

Tiada ulasan:
APA LAGI KO NAK BAHLOL PAKATAN HARAM WOW,PAS PIS PUSSSSSSSSSSSSS
Pulau Pinang Akan Diisytiharkan Sebagai Negeri Kristian Secara Rasmi Dalam Tempoh Terdekat

Walaupun Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang mempunyai bilangan penganut Kristian yang ramai dan majoriti daripada komposisi penduduk, namun disebabkan penganut-penganut Kristian di kedua-dua negeri tersebut adalah Pribumi dan Bumiputera, kecenderungan untuk mencetuskan masalah dan bermegah-megah dengan kebencian terhadap Perlembagaan Malaysia tidaklah begitu ketara.

Kalaupun para pemimpin DAP Sarawak yang juga bertindak sebagai mubaligh Kristian, cuba berlagak dengan kemenangan mereka, mereka sendiri tidak akan berani membuat sebarang perisytiharan di Sarawak. Sebaliknya mereka akan menyeberang Laut China Selatan dan menuju ke Pulau Pinang.

Jumaat, 5 Julai 2013

PULAU PERHENTIAN KUBU KUAT BARISAN

Tiada ulasan:
Kuala Besut adalah kubu Umno/BN Terengganu kerana semua Dun dan Parlimen dimenangi Umno/BN, Dun Kuala Besut pula adalah kubu kuat Umno Besut dengan majoriti paling besar berbanding Dun Dun lain dalam Parlimen Besut iaitu 2, 434…manakala Pulau Perhentian pula adalah kubu kuat bagi Dun Kuala Besut. Maka terlalu sukar untuk pembangkang mendapat undi di PDM pulau ini. BN tidak pernah kalah di situ dalam apa jua keadaan pun. Dalam PRU 13 yang lalu, BN memperolehi majoriti 269 undi di pulau tersebut iaitu BN memperolehi 448 undi manakala Pas cuma mendapat 179 undi sahaja. Keadaan ini membuatkan Pas sukar bagaimana hendak mendapat undi , sebab itu Pas melalui muslimatnya awal awal datang merasuahkan beras kepada pengundi sebagai kaedah matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka rasuah itu adalah perbuatan halal di sisi Islam kerana tertulis Pertubuhan Penyayang Islam.

MASJID TERAPUNG HADIAH PENINGGALAN ALLAHYARHAM KEPADA PENDUDUK PULAU PERHENTIAN

Tiada ulasan:

melihat masjid yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian, mereka akan teringatkan Allahyarham Dr. A Rahman Mokhtar bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja meninggal dunia.
Masjid yang dipohon oleh Allahyarham daripada Menteri Besar Dato’ Haji Ahmad Said bakal menjadi masjid yang cantik di dalam laut di tepi Pulau Perhentian Kecil perkampungan di situ.
Alalahyarham adalah anak jati pulau tersebut, dilahir dan dibesarkan dipulau itu, malah mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di pulau tersebut.
Masjid yang bernilai RM13. 5 juta, dimulakan pembinaan pada April 2011 dan dijangka siap akhir tahun ini.
Ia dilengkapi dengan dewan dan juga kedai makan di dalam laut selaras dengan pendekatan bersepadu menjadikan masjid sebagai tempat yang komuniti sentiasa berkunjung.

Rabu, 3 Julai 2013

PRK Kuala Besut - Pas Rasuah Penduduk Pulau Perhentian

1 ulasan:
Jika umno bagi bantuan seperti beras dan gula,kecoh di katakan umno bagi rasuah,ni gambar terkini  di pulau perhentian di dalam Dun Kuala Besut, pas dan penganut penganut meraka sedang bergerak diri rumah ke rumah bagi subsidi beras gula dan pelbagai bantuan dapur untuk penduduk pulau perhentian di atas nama"MUSLIM CARE" bijak puak2 pas ni berlakon nak membodek orang pulau,wow puak parti agama pas,ko orang ingat orang pulau bodoh ke?

PRK Kuala Besut - BN SENARAI 3 NAMA CALON

Tiada ulasan:

Kuala Besut,Barisan Nasional senaraikan 3 nama pilihan calon umno bagi dun kuala besut,antara meraka yang tersenarai adalah
1.Nik Zulhaiza Ismail (pegawal agama daerah dungun)
2.Zanapi Sangat (ahli jawtan kuasa umno daerah besut)
3.Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Anak Veteren Umno)
Ketiga tiga calon berikut adalah anak jati besut,di harap pimpinan memelih yang terbaik untuk berhidamat pada rakyat Kuala Besut

Selasa, 2 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Tarikh pengundian diumum Jumaat ini

Tiada ulasan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, tarikh penamaan calon dan hari pengundian akan diumumkan pada hari tersebut.

Dr. Rani Kata Blackout505 Sama Dengan menyamai dengan ibadah haji

1 ulasan:
Apa nak jadi dengan pemimpin PAS sekarang ini yang sanggup menjadikan agama Islam sebagai bahan jenaka politik dalam Dewan Negeri Selangor sebentar tadi.

Sambil mengeluarkan fatwa baru dalam Sidang Dewan DUN Selangor sebentar tadi Dr. Rani Osman, ADUN Meru mengatakan kepada barisan ADUN yang ada di dalam dewan yang himpunan blackout505 anjuran pakatan haram pembangkang adalah menyamai dengan ibadah haji dan umrah umat Islam.

Dikatakan lagi yang himpunan blackout505 adalah dituntut dalam Islam kerana mahu memberi amaran kepada kerajaan persekutuan yang zalim dan menipu dalam pilihanraya sejak 50 tahun yang lalu.

BN Kemuka Tiga Nama Untuk PRK Kuala Besut

Tiada ulasan:
GENTING HIGHLANDS: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketiga-tiga mereka merupakan orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi sertaberhemah.

"Kita ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama, walaupunPengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara, kita akan kemukakan nama-nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, Selasa.

Muhyiddin yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Kuala Besut berkata, BN telah membuat persiapan rapi dan berharap menerusi kempen yang akan diadakan nanti, keputusannya akan lebih baik dan majoriti undi meningkat daripada diperoleh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Isnin, 1 Julai 2013

Penemuan Surat Bukti Pas dan Pkr Tidak Sebulu

1 ulasan:



Secara tidak sengaja admin menemuail bukti pas dan pkr tidak sebulu,penemuin ini amatlah memeranjatkan admin,apa yang admin dapat huraikan di sini adalah pkr dan pas memeng bertelagah sesama meraka,hanya kita yang tidak mengetahuil krisis dalaman kedua dua parti tersebut yang kini semakin parah  sebab  meraka pandai bermain sandiwara di depan rakyat.
Apa yang admin terbaca di twintter keadilan bangi mengatakan "PAS SEBAGAI DURI DALAM DAGING PR,PAS KUDA TUNGGANGAN"
Admin rasa pakatan antara pas dan prk akan hancur dalam sedikit masa lagi,Di tambah pula dengan perebutan bakal calon Dun Kuala Besut di mana pas ingin meletakkan calon meraka,dan pkr juga ingin meletakkan calon meraka bertanding di Prk Kuala besut.
SUMBAR> TWITTER Parti keadilan > https://twitter.com/pkr_bangi/status/330640781222236160/photo/1/large <<
isi kandungan surat tersebut -KEPUTUSAN MAJLIS SYURA AGAR AHLI TIDAK MENGUNDI SELAIN CALON PAS DALAM PRU13
Adalah di maklumkan bahawa mensyuarat ahli majlis syura pas pada 2 mel 2013 bersamaan dengan21 jamadilakhir telah memutuskan agar semua ahli ahli pas seluruh negara TIDAK MENGUNDI selain calon pas pada hari pengundian 5mei 213 nanti.
ini adalah sebahagian dari isi kandungan surat tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...