>>>> HOME <<<<

Isnin, 5 Ogos 2013

Surat Misteri: RM 50 Juta Apa Ada Hal???


ANWAR dan Karpal ternyata gelabah puyuh bila tersebar surat misteri yang di dalamnya mengandungi dakwaan tentang transaksi pembayaran bagi khidmat guaman yang berjumlah RM 50 juta yang tersebar luas di Permatang Pauh tempoh hari.....
Dalam laporan polis yang dibuat kedua ekor beruk ini semalam, mereka mendakwa surat-surat ini bertujuan politik dan berniat jahat untuk menjatuhkan karier politik masing-masing. Malah disebutkan juga, tujuan penyebaran surat ini adalah untuk menutup kes-kes jenayah yang sedang berlaku sekarang.

Apa kaitan? Kita pun tak tahu, tapi knowing Anwar, dia memang pakar bab putar belit ayat.



Hairan jugak, kalau surat ini beredar pada musim pilihanraya, mungkin kita boleh meneka bahawa ini kerja politik, tapi sekarang surat-surat itu beredar hampir 100 hari selepas PRU13 berakhir, kerja politik apa macam itu? Tak tahulah kalau Anwar dan rasa dia akan kembali ke penjara Sungai Buloh bila kes rayuannya di dengar nanti setelah ditangguhkan bulan lepas, dan pilihanraya kecil akan diadakan.

Penulis syak, ada pihak dalaman Karpal atau Anwar yang tidak berpuas hati dimana-mana dan mengambil keputusan untuk mendedahkan semua maklumat tersebut kepada umum atas alasan yang dia sahaja tahu, takkan kerja UMNO/BN pulak seperti yang dibayangkan kedua ekor beruk itu dalam laporan polis semalam?

Penulis yakin UMNO/BN tidak ada kepentingan dalam isu ini dan kalau ada kepentingan pun, kita akan buat laporan kepada pihak-pihak berkaitan, bukan hantar melalui surat layang.


Atau paling tidak, yang hantar surat-surat ini adalah Anwar sendiri. Ini bukan mustahil, melihat dari cepatnya dia dan Karpal membuat laporan polis. Sudah tentu dia yakin nombor akaun bank dan maklumat-maklumat lain dalam surat itu ada yang tidak betul dan maka itu Anwar tidak teragak-agak membuat laporan polis.

Kita semua tahulah, laporan polis Anwar adalah laporan polis terpilih. Kalau laporan itu boleh mengenakan dia semula macam dalam kes china doll, dakwaan pengundi Bangladesh 40,000 dan sebagainya, confirm dia tak akan buat laporan polis punyalah.
Mana-mana pun, penulis serahkan kepada polis untuk menyisat, cuma hendaknya bila ada keperluan untuk melihat dokumen-dokumen berkaitan, jangan pulak Karpal main drama macam mana dia main drama masuk hospital sehari dua sebelum rayuan Anwar di dengar 22 Julai dulu ya.

Atau paling tidak gunakan prinsip kerahsiaan antara peguam dan pelanggan sebagai alasan untuk tidak serah semua dokumen itu.

Kalau tidak ada apa yang nak disembunyikan, serah sajalah semua dokumen tu. Biar transparent dan jelas untuk semua rakyat menilai. Lagipun bukankah Anwar juga sibuk mengukur harta dan kekayaan orang lain, apa salah pulak kali ini harta dia kena ukur pulak?
MAZLAN Ismail menunjukkan laporan yang diterima daripada pihak tidak dikenali sejak beberapa hari lalu dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...