>>>> HOME <<<<

Khamis, 16 Mei 2013

KARPAL SINGH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR ???


Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH.


Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini.
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman.

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya.

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.
SUMBER
SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...