>>>> HOME <<<<

Isnin, 27 Mei 2013

Pas Mintak Penjelasan isu perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS.

“DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN.



Malah, katanya, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin PKR dan DAP terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum.

Beliau turut membandingkan kesetiaan DAP dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sebelum ini pernah menolak tawaran BN dan terus bersama pakatan pembangkang.

“PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam pakatan. Hanya penjelasan (daripada Anwar) dapat melegakan keresahan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Media pada 25 Mei lalu melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Malaysia yang diuruskan beliau selaku orang tengah antara Perdana Menteri dan ketua pembangkang itu.

Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu bagi menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei seperti yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Mynewshub.my pula semalam melaporkan hubungan antara pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula retak apabila kedua-dua pihak saling menuding jari berikutan kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...