>>>> HOME <<<<

Isnin, 6 Mei 2013

Ahmad Yakob dilantik Menteri Besar Kelantan baru - nik aziz bersara



Rakyat Kelantan mendapat kepimpinan baru apabila Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Menteri Besar yang baru yang sekaligus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 22 tahun.
Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia bagi memegang jawatan itu di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail dalam Istiadat Pelantikan di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru pula disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Sementara itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud, Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr. Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md. Nawi.

Nik Aziz, 82, mengambil pilihan bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990. - kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...