>>>> HOME <<<<

Ahad, 19 Mei 2013

Dari Mana Datang Jumlah 39.47% Pengundi Cina Di Putrajaya?


Di atas ialah statistik pengundi berdasarkan kaum di Putrajaya. Sungguh menghairankan apabila terdapat 39.47 peratus pengundi kaum cina di Putrajaya. Ramai sangatkah pengundi kaum cina di Putrajaya ni? Setahu aku, bilangan pengundi cina di Putrajaya sepatutnya boleh dibilang dengan jari. Ini kerana lebih 95 peratus penduduk Putrajaya ialah dari orang melayu. Selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain.
Adakah 39.47 peratus ini ialah pengundi hantu yang diimport dari China dan Singapork? Maka terjawablah segala kemungkinan. Kononnya dakwaan kehadiran pengundi hantu Bangladesh dikalutkan oleh media
Pakatan Pembangang hanyalah satu retorik demi menyembunyikan kehadiran pengundi hantu yang diimport dari China dan Singapork.

Fikir-fikirkanlah… Jangan sampai kita tertipu lagi dengan sandiwara Pakatan Pembangang… Alasan konon pilihanraya umum ke 13 tidak telus hanyalah sekadar alasan mahu mengalihkan perhatian terhadap isu pengundi hantu dari China dan Singapork… Jika tidak telus, mengapa mereka masih menang besar di Selangor dan Pulau Pinang? Jika tidak telus, mengapa mereka mengangkat sumpah sebagai menteri dan exco di negeri yang mereka menangi?
Kalau mereka dakwa PRU 13 ini tidak telus, mereka tidak perlu angkat sumpah jadi menteri dan exco. Segera bawa ke mahkamah dan mahkamah boleh putuskan samaada perlu dilaksanakan PRU atau PRK. Dakwaan demi dakwaan mereka hanyalah sekadar kata-kata yang langsung tidak boleh dipakai.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...