>>>> HOME <<<<
Jumaat, 10 Mei 2013
Suara Keramat Rakyat Yang Di Sangkal Calon Perdana Menteri
Seperti biasa Pakatan Pembangkang akan menwar-warkan kepada dunia bahawasanya perhimpunan di Kelana Jaya yang dihadiri oleh 90 Ribu orang untuk mendengar ceramah Anwar mendapat sambutan.
Di dalam keadaan cuaca yang kurang baik, penyokong fanatik Pakatan Pembangkang ini sanggup meredah hujan semata-mata mendengar retorik Anwar yang kecewa dengan keputusan PRU13 yang mengagalkan usaha Anwar untuk merampas kerusi jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Saban hari pemimpin Pakatan Pembangkang menyalak di serata tempat dengan menyatakan bahawa Malaysia memerlukan perubahan dan perubahan itu akan menjadikan kenyataan bila Pakatan Pembangkang mengambil alih kerajaan yang BARU bagi menggantikan Kerajaan Barisan Nasional yang telah lama memerintah dan
mengurus tadbir negara Malaysia.
Di masa Pakatan Pembangkang galak menuntut perubahan sebesar itu, pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri terlupa bahawa mereka sendiri yang telah menjilat balik ludah yang dibuang sejak tahun 2008. Pakatan Pembangkang menuntut perubahan dengan mengadakan beberapa siri demonstrasi dengan berbagai slogan di antaranya BERSIH 1,2,3, Kebangkitan Rakyat dan sebagainya hanya kerana mahukan PilihanRaya yang bersih.
SPR telah memberikan ruang yang luas kepada Pakatan Pembangkang dengan menerima beberapa cadangan perubahan yang mereka kemukakan untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya Malaysia. Di antaran cadangan yang di terima pakai ialah penggunaan dakwat kekal dan juga tempoh berkempen dipanjangkan.
PRU13 telah mencatatkan BN terus diberi mandat oleh rakyat dengan memenangi 133 kerusi parlimen dan merampas kembali Kedah. Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada mereka.Namun Pakatan Pembangkang masih tidak dapat menerima hakikat dan lantas menuduh BN menggunakan pengundi hantu dan mendakwa SPR bersubahat dengan BN untuk menggagalkan usaha Pakatan Pembangkang menakluki Putrajaya.
Bila mana sesuatu keputusan itu memihak kepada Pakatan Pembangkang mereka dengan bangganya menerima tanpa sebarang alasan tetapi bila sebaliknya keluar segala tohmahan.
Di sini kita dapat menilai, siapa yang sebenarnya tidak dapat menerima keputusan perubahan dan menghormati pilihan rakyat?
di
11:17 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.
HARAP MAKLUM