>>>> HOME <<<<

Isnin, 10 Jun 2013

BACAAN MENARIK:UMNO AKAN DIHAPUSKAN OLEH DAP TIDAK LAMA LAGI???!!!


Kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas merupakan hasil kerjasama yang erat antara parti komponen kecuali MCA dan Gerakan.

UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional amat dominan dari segi bilangan kerusi yang menjadikan UMNO parti terkuat dalam Barisan Nasional.

Oleh itu pihak pembangkang mula mengatur strategi untuk menghancurkan UMNO dari dalam setelah mereka gagal berbuat demikian dari luar dengan bantuan Red Bean Army.

Racun hasutan untuk memusnahkan UMNO dari dalam telah disuntik oleh pembangkang melalui talibarut mereka yang dibayar di dalam UMNO sendiri.



Maka agenda ini disusun berserta perancangan yang amat rapi dengan cara melaga-lagakan kepimpinan UMNO diperingkat atasan. Terlalu ramai talam dua muka yang boleh dipergunakan oleh pembangkang untuk memusnahkan UMNO.

Oleh itu bagi memastikan rancangan pembangkang untuk memusnahkan UMNO ini gagal maka kita harus kuatkan barisan, bersatupadu dan mengelakkan sebarang perpecahan yang mungkin tercetus terutama diperingkat kepimpinan tertinggi UMNO.

Sesungguhnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak harus dipertandingkan demi menjaga keutuhan UMNO tonggak Barisan Nasional.

Sekarang DAP sedang mendabik dada kononnya mereka memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari.

Tambahan pula hampir satu-perlima kerusi DUN merupakan milik DAP. Mereka juga menganggap Pulau Pinang dan Selangor sebagai “negeri-negeri kubu kuat” DAP.

DAP juga telah meraih 68 peratus undi popular yang merupakan satu lonjakan berbanding 2008 di Pulau Pinang dalam PRU13.

Dalam keadaan sekarang di mana pembangkang terus cuba menguatkan parti mereka untuk merampas Negara maka kita di dalam UMNO harus menjaga kekuatan kita supaya tidak mudah dilemahkan untuk memudahkan musuh merampas Negara.

Oleh itu ahli UMNO harus kembali kepada perjuangan asal iaitu untuk AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR. Maka kita semua harus bersatu hati demi menjaga keutuhan dan kesinambunngan UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...