>>>> HOME <<<<

Ahad, 30 Jun 2013

Pembangkang Kehabisan Modal Untuk Tutup Kegagalan PRU-13

KUALA LUMPUR 30 Jun – Pembangkang dilihat kehabisan modal untuk menutup kegagalan mereka memenangi pilihan raya umum ke -13 yang lalu dan perkara itu makin terdedah hari demi hari yang sekaligus menyerlahkan sikap serta tindak tanduk sebenar gabungan parti tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Tajuddin Abdullah berkata sikap serta hipokrasi berkenaan tidak dapat disembunyikan lagi dan apa yang diwar-warkan seperti pengundi bangla dan sebagainya bakal menjerat leher mereka sendiri.

Menurut beliau rakyat boleh melihat taktik dan permainan politik mereka yang mana mengiktiraf kawasan yang dimenangi termasuklah negeri yang dikuasai mereka sebaiknya mengambil pendirian lain terhadap kawasan yang mereka kalah.

“Apa pun yang mereka buat dan apa pun yang mereka canang rakyat telah buat keputusan dengan memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui Negara dan mengembalikan negeri Kedah kepada BN.



“Kat Parlimen pun wakil mereka dah angkat sumpah….Terimalah dengan hati terbuka dan bersikap rasionallah demi kemajuan Negara dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk rakyat.

“Itulah yang sepatutnya dan cukup-cukuplah berpolitik..Makin lama makin terdedah apa yang sebenarnya berlaku dan rakyat boleh memahami dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Beliau seterusnya menambah permainan politik pembangkang tidak akan kemana sebaliknya akan terus membuka pekung mereka sendiri.
“Dulu tidak silap saya ada kata pengundi bangle lah…macam-macam lagi. Tetapi hari ini kita boleh tengok pelbagai kenyataan pula yang keluar. Kita tengoklah apa kesudahannya permainan politik mereka itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...