>>>> HOME <<<<

Ahad, 16 Jun 2013

USTAZ AZHAR IDRUS YANG MENYESATKAN

Permintaan Rakan Misteri Untuk Di Post Di Pages Singa Siber
USTAZ AZHAR IDRUS YANG MENYESATKAN
DRAFT SURAT S/U MQTK KPD PEGAWAI UMNO SELANGOR
Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim (AHLULBAIT) dan keluarga ’Imran (BANI ISRAEL) melebihi segala umat , sebagai satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(QS3:33-34)

Pertubuhan Pelajar Al-Quran Tok Kadok Kelantan @ Madrasah Quran Tok Kadok @
(MQTK – Kel-1088)
Bt. 5 Kg Bandar 16600 Pulai Chondong, Machang Kelantan Darul Naim.
Malaysia Barat.
07 April 2012




KEPADA ;

Pegawai Agama UMNO Selangor.
U/P : Hj. Mohd Maaruf bin Hj. Nasruni
(D/A email ; norhan_umno@yahoo.com.my)

Bangunan UMNO Selangor
Tingkat 8, Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam Selangor Daru Ehsan.


Assalamualaikum wbt. Tuan Haji,


PERKARA : PEMBOHONGAN FAKTA AGAMA OLEH USTAZ AZHAR IDRUS BAHAWA "AHLUL-BAIT ADALAH SYIAH".

Adapun kemudian daripada itu, perkara di atas adalah dengan segala dukacitanya dirujuk.

2. Saya adalah yang dilantik sebulat suara oleh para penasihat kerabat Istana Raja2 Melayu ini (Kelantan) sebagai Setiausaha MQTK, sebuah NGO sah berdaftar di Malaysia khusus untuk menjaga kebajikan Ahlul-Bait (Keturunan Rasulullah SAW) dan semua pengikutnya yang berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah(ASWJ), Mazhab Imam As-Syafie yang juga pegangan seluruh kerabat Raja-Raja Melayu & nenek moyangnya kami sejak lebih seribu tahun lalu, dengan ini ingin membuat laporan dan makluman serta permintaan rasmi kepada pihak Tuan berhubung siri ceramah songsang secara terbuka oleh seorang individu bernama Ustaz Azhar Idrus di negeri Selangor (UIA) baru-baru ini, yang mengeluarkan fatwa songsang bahawa kami seluruh Ahlul-Bait Rasulullah SAW (keturunan Rasulullah SAW) adalah automatik “SYIAH’.

3. Fatwa @ kenyataan songsang/sesat dari seorang penceramah yang menonjolkan diri dengan imej “Tokoh Ulama” oleh golongan yang sebenarnya masih jahil murakkab dan tidak tahu sejarah ini teramat merbahaya kepada aqidah umat Islam umumnya, dan kepada generasi baru kami para Ahlul-Bait khususnya kerana beliau dilaporkan dijemput & diterima bebas berceramah di seluruh negara sejak sekian lama dan rakamannya telah tersebar luas di internet melalui youtube, dan seolah-olah fatwanya benar di sisi Allah & RasulNya, pada hal terbukti hanya benar di sisi iblis dan hawa nafsunya semata. (termasuk menfatwakan undi pihak tertentu adalah haram & berdosa – rakaman ceramah agama berbentuk kempen untuk undi/sokong parti politik tertentu bila pilihanraya-bukan ajar fardhu ain, dilampirkan).

4. Kami dihujani pelbagai soalan melalui internet dari lebih 3 juta kerabat Raja2 Melayu seluruh Negara @ penyokongnya berkenaan fatwa tersebut, di mana ada kes hingga melibatkan putus hubungan tunang, bubar nikah, bergaduh sesama adik-beradik yang telah dewasa, anak & keluraga terpisah dan sebagainya(masalah besar bila orang anggap sesat/Syiah ni..!!). Pada hal Ahlul-Bait bukan semestinya menganut aqidah Syiah itu. Ahlul-Bait itu seperti tafsir ayat Al-Quran QS33:33 (Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait [5] dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya) dan Kitab Matla Al-Badrin (bab/fasal zakat & sedekah). Raja2 Melayu dan kami semuanya juga diharamkan terima sedekah & zakat kerana sahih darah keturunan Ahlul-Bait Rasulullah SAW, tetapi kami adalah mengikut aqidah Islam ASWJ, bukan Syiah seperti di dakwa dalam clip video Ustaz Azhar Idrus tersebut.

5. Kami amat berharap pihak Tuan dapat mengambil tindakan segera melalui Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) untuk mendakwa beliau di Mahkamah, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor di bawah dakwaan "Pendapat Berlawanan Dengan Fatwa" atau "Doktrin Salah" atau mana-mana akta/seksyen yang boleh dikaitkan untuk mendakwa fatwa songsang beliau tersebut, demi kesucian agama Allah ini dan membuka kembali mata masyarakat yang ditidurkan/dikhayalkan/dimanipulasi oleh beliau. Rakyat wajib tahu kerajaan semasa ini bukan hanya terbaik di sektor pembangnnan ekonomi atau teknologi negara, bahkan juga berjaya di tanggan terbaik dalam membuat pengisian kerohanian/pengetahuan agama Islam sebenar kepada seluruh rakyatnya berbandaning semua negara di dunia ini, dan usaha kerajaan ini perlu dibantu oleh semua umat Islam Malaysia, bukan ditolak.

6. Berikut kami sediakan link youtube berkenaan ceramah beliau dan juga link kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan mengesahkan fatwa beliau adalah palsu/tidak benar.

A). "AHLUL-BAIT ITU SYIAH" - FATWA USTAZ AZHAR IDRUS..!!

http://www.youtube.com/watch?v=TAut3CeIOXk

.Undi Umno masuk NERAKA - FATWA USTAZ AZHAR IDRUS..!!
http://www.youtube.com/watch?v=DfW-P6ZROHs


C). MUFTI WILAYAH PERSUKUTAN BUKTIKAN AZHAR IDRUS MENIPU DALAM BERFATWA PERKARA AGAMA ISLAM..!!

(Umum boleh nilai sendiri mana pakar agama/ulama IQ SPM gred 3 dan mana pakar agama taraf PhD....mana waras dan mana berangan-angan alim, mana benar dan mana penipu).

http://www.youtube.com/watch?v=6TYAccvX-fk

7. Oleh kerana kenyataan/fatwa hukum syariat Islam yang beliau buat itu telah tersebar luas kepada masyarakat umum melalui media elektronik di mana lebih 28 juta rakyat Malaysia dapat mendengarnya dalam sekelip mata, kami meminta jasa baik pihak Tuan agar segala proses pendakwaan beliau di mahkamah kelak juga dibuat liputan meluas menggunakan semua media arus perdana sama ada media cetak, elektronik dan juga melalui online/alam cyber pada tahap maksimum, di bawah arahan khas pimpinan tertinggi Negara sendiri dan juga KDYMM YDP Agung. (Hanya Agung yang satu-satunya institusi tertinggi berhak di sisi Allah untuk menandatangani /mengesahkan apa-apa hukum Allah yang memerlukan ahli ijtihad di sisi 4 sumber hukum Islam ASWJ, sebelum boleh difatwakan kepada umum, sebagaimana lazimnya prosedur oleh Majlis Fatwa Kebangsaan). Sila maklumkan kepada kami pada kadar segera jika ada pihak yang enggan membantu Tuan dalam usaha ini, sama ada dari Raja-Raja atau kakitangannya/rakyat jelata.

8. Selain jelas bertentangan dengan kehendak 4 sumber hukum Islam ASWJ pegangan Raja2 Melayu ini, perbuatan mana-mana individu/rakyat jelata mengeluarkan fatwa palsu kepada seluruh lapisan dan golongan rakyat pelbagai agama dan etnik Negara ini, atau mendahului KDYMM Agung atau kononnya bagi pihak aqidah dan mazhab agama pegangan Raja- Raja Melayu Quraisy ini, (kecuali dilantik) adalah MUTLAK SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN NEGARA serta MELANGGAR 5 PRINSIP RUKUNEGARA ini (boleh didakwa di mahkamah).

9. Ulama Palsu dengan fatwa palsu sebegini teramat merbahaya kerana telah dikenal pasti dari post moterm kes terdahulu, sebagai punca utama kepada kewujudan satu golongan pengikut -pengikut taksub membentuk firqah/puak/jemaah yang akhirnya menjulang beliau sebagai “Bos” @ “King” @ Raja@ Mursyid@Director@decision maker etc (rakyat yang bodoh/golongan lemah IQ/bukan kategori cerdik@9A1-SPM @ Al-Hafiz/bukan ahli makrifatullah/jahil murakkab/singkat@pendek akalnya) dan mereka sanggup mati kerananya, walaupun lawan Raja/Sultan/undang-undang negara..!! Sedangkan ilmu sebenar Al-Quran Qadim tetap tidak sampai kepada semua rakyat/pendengarnya (terputus sanad dan salasilah/ilmu yang tidak sah di sisi Allah & RasulNya serta kerabat Rasul @Ahlul-Bait).

10. Jika tidak disekat secepat mungkin, akhirnya golongan rakyat jahil murakkab yang telah 100% berjaya dirasuk oleh iblis dan jin ifrit itu (membuatkan manusia bodoh itu jadi gila), sanggup menggunakan kekerasan/mengangkat senjata/membunuh dan lawan Raja2 Melayu dan para alim ulama/mufti/penasihat agama sultan dan/atau ajensinya/PDRM/ATM etc, konon atas dasar agama Allah/kebenaran. Berkesudahan rakyat IQ SPM gred 3 itu boleh disabitkan dengan kesalahan mendurhakai Agung yang boleh membawa hukuman mati mandatory dan/atau penjara, sebagaimana kes-kes terdahulu (Memali, Al-Maunah, Ayah Pin, Al-Arqam etc), dan iblis serta nafsu sahajalah yang bertepuk tangan. Dan yang derita dan susah anak-anak/isteri mereka pula yang tidak bersalah, yang juga akhirnya terpaksa kerajaan bantu.

11. Segala tindak-balas pihak Tuan dengan kadar segera bagi menyelesaikan perkara ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan doa semoga kita sentiasa diampuni dan dirahmati Allah, amin.

Segala urusan dikembalikan kepada Allah.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,




(Originator by email - no signature required)
..........................................
NIK SYAIDINAL UMAR BIN CHE SALAH@SOLAHHUDIN
S/U. AGUNG MQTK

SALINAN WAJIB KEPADA ; (Protokol 12.0 MQTK)

1. Ketua Pengarah JAKIM - Dato' Hj. Othman bin Hj. Mustapha (hjothman@islam.gov.my)
2. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
3. Ketua Pengarang Utusan Malaysia - Tel ; 03-9221 7055, email ; (pengarang@utusan.com.my)
4. Ketua Pengarang Berita Harian - Puan Fazlina binti Abdul Rahim : Reporter (erinarahim@g.mail.com)/03-2282 2323
5. CEO Media Prima/TV3 - News Deks Admin Anuar Abdul Rani & Chief Editor Rosli Abu Hasan (Fax ; 03-7729 3509), (email : news@tv3.com.my)
6. Pengarah RTM
7. YAB. Perdana Menteri @ Menteri di JPM/KDN
8. Hakim Mahkamah Syariah & Sivil Malaysia (semua sama ada Islam & bukan Islam)
9. Pengarah BAKA PDRM
10. Ketua Pegawai Agama Istana Negara (semua Mufti negeri)
11. Ketuan Perhubungan UMNO Kelantan
12. Ketuan Bahagian UMNO Machang
13. Ketua Biro Agama UMNO Machang
14. AJK Biro Agama UMNO Machang
15. YDP. & D1-D9 MQTK
16. KDYMM Sultan Kelantan
17. KDYMM YDP AGUNG Malaysia.

SALINAN KHAS:

senarai salinan surat kepada -

1. IIUM Rector Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin)

2. Shaykh (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady
Area of Specialization: Islamic Thought & Da'wah.

uthman@iium.edu.my

LAMPIRAN ;
1. Ceramah Ustaz Azhar Idrus di UIA Selangor – Ahlul-Bait itu Syiah. : http://www.youtube.com/watch?v=TAut3CeIOXk

2. Seminar Syiah bukan Ahlul-Bait – Mufti Wilayah Persekutuan. : http://www.youtube.com/watch?v=6TYAccvX-fk

3. Ceramah Ustaz Azhar Idros – Haram/berdosa undi parti tertentu. : http://www.youtube.com/watch?v=DfW-P6ZROHs

Ust Azhar Idrus- Ahlu Bait ' Syiah ' | Solat : Tapi Panas Baran | Tukar : Nazar
www.youtube.com


Makluman progres Surat MQTK di atas ;


Pegawai Agama UMNO Selangor Tuan Hj. Mohd Maaruf bin Hj. Nasruni (019-632 3501) baru selesai bercakap dengan YDP (Yusnaidi Yusoff) sebentar tadi dan memaklumkan semua kandungan surat/email laporan MQTK dan video ceramah Azhar Idrus tersebut telah diteliti dan beliau sendiri akan membawa kes/surat tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secepat mungkin.

Harap maklum. Tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...