>>>> HOME <<<<

Sabtu, 25 Mei 2013

Bukti Pertikaian DAP Ngeh Koo Ham Dalam Isu Mempersoalkan Sultan Johor: sys

Titah Baginda Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 14 Mei (Bernama) — Sultan Johor tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah waktu berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telahpun tamat dan sekarang ini adalah masa untuk bekerja.

“Saya tidak mahu mendengar ada pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan dan keamanan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan
Permas, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini.

Turut sama mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor adalah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menurut baginda, tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang adalah amat berat dan mencabar, dengan semua pihak mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan rakyat serta mengukuhkan kemajuan Johor.

“Jika ada mana-mana wakil rakyat yang merasakan diri mereka tidak sesuai atau tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh bangun dan keluar baris sekarang,” titah baginda.

Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit.

“Saya amat prihatin dan akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat dan negeri saya. Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat saya mahu setiap janji yang dibuat mestilah ditunaikan,” titah baginda. Sultan Johor juga bertitah bahawa sebagai pemerintah yang menaungi semua rakyat Johor, baginda tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak memandang rendah mana-mana pihak.

“Kerana pada mata saya, semua orang Johor adalah rakyat saya,” titah baginda dan menambah, sebab itulah baginda telah mengarahkan supaya mesti ada wakil daripada masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco kerajaan negeri Johor.

Dua wakil masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco Johor adalah Datuk Tee Siew Kiong (Adun Pulai Sebatang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dan R.Vidyanathan (Adun Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.

Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kerabat diraja lain, anggota Majlis Jumaah Diraja, anggota Dewan Undangan Negeri termasuk daripada pembangkang dan pegawai kanan kerajaan negeri.

– BERNAMA

Bukti Presiden MCA Menghormati Titah Baginda Sultan Johor

KUALA LUMPUR:MCA tidak pernah bersetuju dengan perlantikan Exco Kerajaan Negeri Johor ke atas Datuk Tee Siew Kiong dan beliau akan berdepan dengan tindakan disiplin parti, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

Dalam satu kenyataan, Dr Chua berkata MCA kekal dengan pendirian diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tahun lalu tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan jika memperoleh prestasi buruk dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya mahu jelaskan MCA tidak pernah mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Johor selaras dengan resolusi parti yang diluluskan pada 2011 dan 2012,” kata Dr Chua.

Dr Chua kemudiaan menjelaskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang perlantikan tersebut memandang kuasa mutlak adalah milik Sultan Johor .

“Perlantikan Tee adalah dibuat oleh Sultan Johor yang mempunyai kuasa untuk melantiknya.

“Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Besar dan Exco Kerajaan Negeri Johor kerana keunikkan Perlembagaan Negeri,” terang Dr Chua.

Walaupun tidak mmepunyai sebarang kuasa untuk menghalang keputusan tersebut, Dr Chua menegaskan Tee masih belum terlepas daripada tindakan disiplin oleh parti dan ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat MCA.

“Jawatankuasa Pusat MCA akan meneliti kes Tee dan dia mungkin berhadapan tindakan disiplin ke atas perlantikan Exco Kerajaan Negeri Johor,” tambahnya.

Namun, Dr Chua menggesa para pemimpin MCA dan penyokongnya untuk menghormati pengumuman perlantikan Tee kerana keunikkan Sultan Johor dan kuasanya di negeri selatan tanahair tersebut.

Sebelum ini, Dr Chua mengatakan parti itu memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen sahaja berbanding 15 sebelum ini.

Difahamkan pelantikan seorang wakil MCA dalam senarai Kabinet itu dibuat atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mahu wakil Cina dalam kerajaan negeri Johor.

Tee yang merupakan Setiausaha Penganjur MCA Kebangsaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang akan mengetuai portfolio Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan.

SYA/MYRM : Kenyataan Media Dalam Isu DAP Ngeh Koo Ham Menghina Perlembagaan dan Kedaulatan Sultan Johor

1. Kami dari Pertubuhan Hak Belia Malaysia ( Malaysia Youth Right Movement ) hendak membuat laporan terhadap kenyataan Twitter DAP Ngeh Koo Ham yang menyatakan MCA is subservient to UMNO , now Subservient to Sultan ? MCA cannt make any stand on its own ? How to rep the people ? Kenyataan ini muncul di lama twitter Ngeh Koo Ham pada 15 Mei 2013 pada jam 4.40 pm.

2. DAP Ngeh Koo Ham telah menghina beberapa perundangan , perlembagaan dan dasar di negara kita.

Perlembagaan Negara Malaysia

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara.

Dasar MANIFESTO RAKYAT PAKATAN HARAPAN RAKYAT

Malaysia adalah negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya diikat oleh muafakat Perlembagaan. ( Muka Surat 1 )

Dasar Bersama Buku Jingga
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan ( muka surat 2 )

Perlembagaan PAS
Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara ( fasal 5 )

Perlembagaan PKR
Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat.

Perlembagaan DAP

Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan

Rukun Negara

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895

Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

Akta Keharmonian Nasional

Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan

Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

3. Sebelum ini Pertubuhan Hak Belia Malaysia sudah melakar sejarah dalam politik negara Malaysia apabila pada Mac 22 2013 , pertama kali 500 masyarakat Cina diketuai oleh Shen Yee Aun selaku Presiden MYRM untuk membuat protest terhadap DAP Lim Guan Eng di Komtar , Pulau Pinang . Keadaan ini hanya membuktikkan bahawa bukan kesemua masyarakat Cina di Malaysia menyokong perjuangan DAP.

4. Ini Kalilah juga merupakan satu detik yang cukup bersejarah apabila pertama kalinya pelbagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu , Cina , India termasuk mereka yang berada di Sabah dan Sarawak akan mewakili Pertubuhan Hak Belia Malaysia ( MYRM ) peringkat negeri untuk membuat laporan polis secara serentak untuk mempertahankan perlembagaan , perundangan , rukun negara dan juga Kedaulatanan Institutsi Sultan di negara kita.

5. Kami mengharapkan pihak polis akan menyoal siasat dalam perkara ini demi memastikan perpaduan dan kestabilan negara yang sudah lama dinikmati dipertahankan. Sekirannya didapati kenyataan Ngeh Koo Ham dapat membawa masalah terhadap ketidaksenangan hati antara kaum di Malaysia maka tindakan yang sewajarnya harus diambil.

6. Pertubuhan Hak Belia Malaysia ( MYRM ) juga akan mencari tarikh yang sesuai untuk menghantar memorandum kepada Ibu Pejabat PKR , PAS dan DAP untuk mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap DAP Ngeh Koo Ham yang melanggar prinsip , perlembagaan dan dasar Perlembagaan Parti PAS , PKR , DAP dan Dasar Bersama Buku Jingga dan Pakatan Rakyat yang sudah ditandatangani oleh 3 Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sendiri ( Anwar Ibrahim , Hadi Awang dan Lim Kit Siang ).

7. Pertubuhan kita juga akan bertindak adil jika selepas ini mana – mana pemimpin dan individu yang hendak mempersoalkan pelantikan EXCO Negeri Johor Datuk Tee Siew Keong ( perintah Sultan Johor ) maka kita juga akan membuat tindakan yang sama. Pemimpin dalam kalangan Barisan Nasional dan juga MCA juga tidak terkecuali daripada mempersoalkan perintah Baginda Sultan Johor.

Shen Yee Aun ( SYA )
Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia ( Malaysia Youth Right Movement ) sumber > http://1sya.com/?p=6604

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...