>>>> HOME <<<<

Jumaat, 17 Mei 2013

Video - TMB Kelantan: Pengundi Luar Munafik, Ambil Duit Parti Lain, Undi Parti Lain


Kota Bharu - Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.

Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.

"Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar  tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu
contohnya, saya duduk dengan kamu, mari claim duit pun dengan kita, cop, tapi bila pangkah dia pangkah parti lain, itulah gambaran mudah"

Kenyataan yang dibuat Nik Amar yang juga Adun Panchor itu merujuk mengenai pemberian duit kepada pengundi luar sebagaimana pengumuman seperti lampiran diatas pada PRU 13 lalu. Pemberian wang ini sudah lama diamalkan oleh Pas bagi mendapat sokongan rakyat untuk Pas mengekalkan kuasanya di Kelantan.

Bagaimanapun mungkin ramai yang sangsi berkaitan kenyataan Nik Amar itu, adakah hukum 'Munafik' itu hanya kepada pengundi luar yang mengambil duit Pas dan tidak mengundi Pas sahaja, ataupun termasuk dengan pengundi luar yang mengambil duit Umno tetapi tidak mengundi Umno.

Daripada kenyataan Nik Amar itu ianya seolah-olah memberi kesimpulan dimana ramainya anak-anak Kelantan dirantauan yang pulang sebagai pengundi luar menjadi munafik, ini kerana ramai antara mereka yang claim duit dengan Umno tetapi mengundi Pas dengan bukti kekalnya kerajaan Pas sehingga hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.
SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...