>>>> HOME <<<<

Rabu, 15 Mei 2013

STUDENT POWER KEPALA BAPAK DIA!!!


Walaupun PRU13 telah berakhir dan keputusannya telah diketahui,bahkan diiktiraf oleh dunia,namun beberapa pihak,khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati.Pelbagai alasan telah dicipta untuk menunjukkan kononnya kekalahan gerombolan Anwar Ibrahim itu adalah disengajakan dan membabitkan penipuan oleh SPR.Cerita tentang SPR menipu,pengundi hantu dan sebagainya telah lama kedengaran.Bahkan bertahun-tahun sebelum 5 Mei 2013 lagi.Pakatan Penbangkang,khususnya Anwar Ibrahim telah mendoktrinkan bahawa kekalahan Pakatan Penbangkang pada PRU13 adalah disebabkan oleh faktor-faktor tersebut,bukannya ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

Dan apabila keputusan diumumkan,Anwar Ibrahim segera menggunakan faktor undi popular untuk menunjukkan dan membuktikan yang Pakatan Penbangkang sudah menang,mengatasi Barisan Nasional walaupun hakikatnya, undi popular bukanlan undi elektoral yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan setiap kerusi. Telah didedahkan sebelum ini bahawa PKR akan menggunakan konco-konconya bagi menimbulkan kekacauan.Kegagalan serangan lanun di Lahad Datu dan timur Sabah,membuatkan para pemimpin Pakatan Penbangkang,khususnya Anwar Ibrahim sendiri,memerah otak mencari jalan agar kekacauan dapat ditimbulkan, dan proses pilihanraya dapat diganggu. Ternyata usaha mereka gagal.Terbaru,gerombolan pelajar-pelajar berhaluan kiri yang telah diresapi oleh fahaman Komunisme dan Sosialisme sedang merancang untuk melakukan rusuhan jalanraya.Tarikh yang dirancang adalah 18 Mei 2013.



Ketua bagi golongan pelajar berhaluan kiri itu adalah HISHAMUDDIN RAIS,bekas pelajar tercicir yang melarikan diri ke luar negara selepas melakukan kekacauan pada tahun 1974 dan pulang semula selepas membuat pelbagai rayuan termasuklah menggunakan ahli-ahli keluarganya ( MAAF EDIT SIKIT :- DIA PULANG KE MALAYSIA SEWAKTU NUWAJUBO JADI TPM, SINUWAJUBO LAH YANG MENGURUSKAN KEPULANGANNYA).Malam tadi,dilaporkan,Hishamuddin Rais telah menghasut hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor agar turun beramai-ramai ke jalan raya pada 18 Mei untuk melakukan huru-hara dan tunjuk perasaan.Manakala di Annexe Gallery,Central Market,Kuala Lumpur,pada tarikh yang sama,jam 8:00 malam pula akan dianjurkan program STUDENT POWER yang akan menghasut para pelajar pusat pengajian tinggi untuk turut menyertai gerombolan pengacau yang menyokong Anwar Ibrahim bagi tujuan yang sama.Sehingga ke hari ini,tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap golongan yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara itu daripada pihak berkuasa. Sekalipun terdapat banyak pendedahan dibuat, para pemimpin pelajar yangKESEMUANYA MERUPAKAN PELAJAR KECICIRAN,dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja. MAK BAPAK PUN DAH BENCI!

INI SEMUA MAU KASI TANGKAP!!!
SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...