>>>> HOME <<<<

Selasa, 16 Julai 2013

Che Long Hina Pengundi Kuala Besut


Dikatakan juga banyak kekayaan dan perniagaan beliau adalah milik bersama antara beliau dengan Husam dan oleh itu tidak hairanlah bila PAS amat berbangga sehingga menjadi fokus kempen PAS bahawa calon mereka adalah orang kaya.,ini juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat Kuala Besut yang seolah-olah mereka ini terlalu miskin serta papa kedana hingga memerlukan orang kaya sebagai pemimpin mereka.

Seolah-olah semua masalah rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. dan PAS terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu rakyat Kuala Besut lali serta terlupa bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa keatas Che Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.

Lihat sahaja pengabdian Che Long terhadap Husam Musa sewaktu PRU13 yang lepas sehingga sanggup meninggalkan Nafisah,calon PAS Kuala Besut sebelum ini bersendirian dan terkontang kanting hingga tewas dalam PRU13 yang lepas di DUN Kuala Besut.Berapa banyak sumbangan Che Long untuk Nafisah di Kuala Besut ketika itu berbanding sumbangan Che Long kepada Husam di DUN Salor dan Parlimen
Putrajaya sehinggakan pada hari mengundi pun Che Long tetap berada di Putrajaya dan timbul pertanyaan adakah Che Long balik mengundi menyokong Nafisah di Kuala Besut? Berapa ramai keluarga Che Long keluar membantu kempen dan mengundi Nafisah? Apakah perjuangan politik Che Long untuk PAS Besut atau perjuangannya hanya untuk Husam Musa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...