>>>> HOME <<<<

Selasa, 9 Julai 2013

Wahid Endut Boikot Husam Musa di Majlis Perisytiharan Calon PAS Prk Kuala Besut

PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut yang juga wakil rakyat DUN Wakaf Mempelam tidak puas hati dgn perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Dun Kuala Besut. Wahid dalam satu sms kepada seorang pimpinan pas Terengganu berkata semasa Pilihanraya Kecil Manek Urai pada tahun 2009, Pas Terengganu tidak dibenarkan terlibat.
Sampaikan poster presiden Pas pun PAS Terengganu tidak dibenarkan pasang oleh PAS Kelantan, Tetapi apabila tiba PRK melibatkan Negeri Terengganu di Pilihanraya Kuala Besut, orang Kelantan pula yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Kuala Besut.

Wahid yang amat terkilan dengan Pucuk pimpinan Parti meluahkan rasa kekesalan beliau yang merasa Husam Musa tidak sepatutnya diberikan tugasan ini memandangkan Beliau bersama ahli jawatankuasa beliau lebih aris berbanding PAS kelantan kerana Kuala Besut merupakan dibawah Negeri Terengganu.
Walaupun belum masuk gelanggang Pas sudah menghadapi masalah, di sebabkan kekecewaan ini penyokong PAS dari Terengganu terutama dari kawasan PAS sendiri memboikot untuk tidak hadir ke Majlis Perisytiharan Calon PRK N.01 Kuala Besut, malahan kehadiran yang tidak sampai 1000 penyokong disebabkan boikot ke atas Husam Musa ini akan menjadi satu isu yang berlarutan sepanjang PRK, jika PAS tidak menyelesaikan dengan segara. Kebanyakan yang hadir pada Perisytiharan ini adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan.
>SUMBER <

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...