>>>> HOME <<<<

Rabu, 24 Julai 2013

Keputusan Rasmi PRK N01 Kuala Besut : BN Menang Dengan Majoriti 2592 Undi


BN  mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dalampilihanraya kecil hari ini dengan meraih majoriti yang lebih besariaitu 2,592undi.
Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN dengan menyaksikan calon BN, TengkuZaihanChe KuAbdRahman, 37, memperolehi [8288 ] undi menewaskan calon PAS, Endut@AzlanYusof, 48, dengan [ 5956] undi.
Berlaku pertambahan majoriti sebanyak 158undi, walaupun jumlah keluar mengundi merosot kepada 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di DUN berkenaan.
Pada PRU 13, jumlah keluar mengundi sebanyak 87 peratus.
Padapilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua lapan peti undii.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.
Dalam PRU 13, Mei lalu, pengundi DUN Kuala Besut memberi 8,809 undi kepada arwah Dr. A. Rahman Mokhtar dan memberi 6,375 undi kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434.
Keputusan rasmi PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Besut, sebentar tadi.
Calon BN meraikan kemenangan bersamaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin; Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri IdrisJusoh.
Pengumuman kemenangan Tengku Zaihan calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.
Kuala Besut yang terkenal dengan perkampungan nelayan mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cinadan 0.1 peratus India.
Menurutrekod PRU-12 (2008), jumlah majoriti yang dimenangi A. Rahman itu sedikit merosot berbanding 2,631 undi apabila mendapat sebanyak 7,123 undi manakala calon Pas, Nik Zawawi Salleh hanya memperoleh 4,492 undi.
Pada PRU-11 (2004); calon BN, Abdullah CheMuda jugamenang denganmajoriti 2,027 undi tetapi seorang lagi calon BN, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman kalah kepada calon Pas dengan perbezaan 487 undipada PRU-10 (1999).
Keputusan penuh PDM PetiUndi (TidakRasmi)
Pulau perhentian – BN 454 / PAS 179 Maj. 275
Seberang barat – BN 805 / PAS 452 maj. 353
Kg. Nail – BN 822 / PAS 523 maj. 299
Seb. Barat luar – BN 1590 / PAS 821 maj. 769
Toksaboh – BN 1534 / PAS 959 maj. 575
Kg. Nangka – BN 524 / 510 maj. 14
Kg. Baru – BN 1006 / PAS 979 maj. 27
Bkt. Puteri – BN 967 / PAS 946 maj. 21
Undiawal – BN 582 / PAS 319 maj. 263
Undipos – BN 9 / PAS 0 maj. 9
BN MENANG dgn MAJORITI 2605 UNDI
Seccara Keseluruhan Barisan Nasional dengan rasmi memenangi PRK N01 Kuala Besut dengan majoriti 2592 undi.
Terengganu Today dibawah kelolaan Dato’ Wan Ahmad Bin Wan Muda mengucapkan tahniah dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua jentera yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh berkempen selama 12 hari yang lalu.
Kemenangan ini amat bermakna buat rakyat Kuala Besut.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...