>>>> HOME <<<<

Ahad, 28 Julai 2013

Sorang nak jalan kaki,sorang nak bogel.sorang lagi nak potong jari #PRK KUALA BESUT

PRK Kuala Besut melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Barisan Nasional melalui calonnya Tengku Zaihan telah memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,592 iaitu lebih 158 kerusi daripada majoriti yang diperolehi di dalam PRU13.


Dalam keghairahan penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak menerima keputusan semalam, ada yang terkesan dengan niat dan hajat sebelum keputusan diumumkan.

Pertama, Abang di sebelah dikatakan akan berjalan kaki daripada Kuala Besut ke Kuala Lumpur kerana Barisan Nasional telah menang semalam. Mohd Noor Mat, 64, yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran setelah calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.



Keduanya, seorang anak gadis yang agak berani membuat "posting" maut di dalam laman sosial Facebooknya. Anak gadis yang memakai nama Damia Izara telah berkata, "Kalau BN menang di Kuala Besut, saya berjanji akan bogel keliling Kuala Besut. Itu janji saya pada semua yang baca status ini."


Kita mengucapkan selamat jalan kepada kedua-dua mereka. Buat Damia Izara, tolong beritahu tarikh anda akan berbogel sekeliling Kuala Besut. CTS rasa ramai yang akan ambil cuti untuk menyaksikan adengan
yang bersejarah ini.

Manakala sorang lagi fanatik pembangan nak potong jari.aku pun tak pasti sama ada jadi dah di potong ke belum.yang pasti sebelum bercakap apa apa tu fikir dahulu benda yang di janjikan itu mustahil di buat atau sebalik nya, berfikirlah allah dah bagi otak.
jangan jadi otak uadang,khas untuk macai PR






1 ulasan:

  1. Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
    Did you know that you can get them ON AUTOPILOT & ABSOLUTELY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    BalasPadam

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...