>>>> HOME <<<<

Jumaat, 12 Julai 2013

ke mana hilangnya ustaz dan ulamak dalam Pas

Gelangang PRK telah bermula dengan rasminya pagi tadi. Pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pas. Ke mana menghilangnya calon-calon bertaraf ustaz dan ulamak dalam Pas sehinggakan terpaksa menamakan  seorang yang bukan dari kalangan ustaz dan ulamak sebagai calon. Apa yang ingin dikongsikan kali ini ialah bahawa calon Pas iaitu Che Long ini sememangnya mempunyai beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Che Long.
Antara syarikat yang dikaitkan dengan Che Long ialah:

1) Maxxifon (KT0202224)
2) Robihah Sdn. Bhd. (522105)
3) Tayar &amp; Auto MMC (TR0042227) dan
4) Walit Jewellery Sdn. Bhd.
Che Long dikaitkan dengan kontraktor kelas A melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd dan projek JKR terakhir yang diterima ialah pada tahun 2002 (bawah Kesedar) bernilai RM 3.7 juta.
Sebelum aktif dalam Pas, menurut sumber, Che Long sebelum ini adalah ahli UMNO di Cawangan Kg. Gong Nering dalam PDM Kg. Baru di DUN Kuala Besut ini dan sering menjaja nama UMNO sehingga ke Kuala Lumpur untuk dapatkan projek.
Adakah benar Che Long pernah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam? Adakah benar bermula dari situlah Che Long mula aktif dalam Pas? Dan bermula dari situlah, adakah benar kerana terlampau terhutang budi dengan Husam, Che Long juga banyak membantu Husam dalam menaikkan nama Husam? Sehinggalah ketika Husam bertanding di Parlimen Putrajaya dalam PRu 13 baru-baru ini, Che Long membawa jenteranya untuk menjalankan kempen bagi memenangkan Husam di Putrajaya.
Sekarang ini Husam sendiri sudah tidak apa-apa kecualilah sebagai ADUN di Kelantan, maka sekiranya Che Long kalah mahupun menang husam boleh menggunakan Che Long untuk mencari projek di mana-mana negeri di bawah pakatan.
Dalam sedar atau tidak penyokong Pas Terengganu yang lebih menyokong ulamak telah terjerat dalam permainan politik Husam. Mana mungkin YB Ustaz Satiful Bahri yang diwar-warkan akan mengepalai kempen Pas di PRK Kuala Besut, tiba-tiba dicantas dengan perlantikan Husam sebagai pengarah PRK Kuala Besut.
Penamaan Che Long sebagai calon Pas di PRK Kuala Besut juga telah menafikan calon-calon bertaraf ustaz dan ulamak dalam Pas untuk bertanding merebut kerusi N01 Kuala Besut.
>>SUMBER<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...