>>>> HOME <<<<

Sabtu, 27 April 2013

6 Mei – Hari Pertama Tol Free, Harga Minyak Turun Atau Hari Pertama Rakyat Kena Tipu?


Lim Guan Eng berpegang kepada consensus pakatan, PM pakatan adalah Anwar Ibrahim. Hadi Awang pula telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi PM jika pakatan memerintah.

Anwar pula mengumumkan akan kembali ke bidang akademik jika gagal memenangi PRU13.

DAP dijangka memenangi kerusi paling banyak di antara gabungan pakatan, diikuti oleh Pas dan terakhir PKR.

Pas pula menyatakan melalui Haron Din akan melaksanakan hudud. Pada masa yang sama DAP memberi amaran jangan sebut pasal hudud.



Boleh dibayangkan apa kan terjadi jika diandaikan PR menang 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. Ok takpa, kita bagi bonus tambahan. Katalah PR menang 130 walaupun setakat ini termasuk antara perkara mustahil.

Jika Pas menang 30 kerusi pun Pas tetap akan mempunyai kuasa tawar menawar untuk menentukan siapa akan menjadi PM.


Jika Pas menang 30 kerusi pun Pas tetap akan mempunyai kuasa tawar menawar untuk menentukan siapa akan menjadi PM.

Jika Pas tidak setuju, maka Anwar tidak layak untuk mengadap YDA Agong untuk mengangkat sumpah sebagai PM. Paling-paling pun Anwar hanya boleh mengulangi peristiwa 16 September, mengangkat sumpah depan gambar Agong.

Keadaan ini bukan saja menyulitkan pakatan untuk membentuk kerajaan, malah kedudukan kerajaan dan negara pasti akan mengalami ketidaktentuan dan haru-biru. Hanya rakyat yang emosi dan tidak berfikir panjang saja yang tidak ambil pusing situasi getir seperti ini jika berlaku.

Majoriti rakyat pasti akan terfikir apa akan jadi dengan masa depan negara. Apa jadi dengan ekonomi negara dan pelaburan asing. Apa akan jadi dengan keharmonian dan keamanan negara. Apa jadi dengan apa yang telah sekian lama mereka nikmati.

Apatah lagi untuk memikir, menilai dan menanti janji bukan janji manifesto Pakatan Pembangkang untuk ditetapi.

Pakatan Pembangkang tidak mungkin ada masa untuk menyelesaikan semua perancangan yang dijanjikan. Pakatan pembangkang tidak akan ada ruang untuk membuat keputusan ntuk menurunkan harga minyak, jalanraya bebas tol, pendidikan percuma, dll janji.

Mana mungkin mereka boleh memikirkan itu semua kerana untuk menubuhkan kerajaan dan menentukan siapa bakal PM pun mereka sudah gagal.

Keputusan pengundi untuk mengundi pakatan pembangkang adalah merupakan keputusan membunuh masa depan mereka sendiri. Tindakan mereka bukan membunuh BN tetapi membunuh masa depan negara dan masa depan rakyat seluruhnya.

Terlalu berisiko tinggi untuk rakyat menukar pemerintah yang mereka sudah tahu pasti akan bermasalah, bermula dari hari pertama kerajaan bertukar tangan lagi.

Rakyat jangan mimpilah untuk menanti pengumuman tol akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan pada hari pertama pemerintahan Pakatan Pembangkang seperti yang dijaja oleh Anwar.

Takkan ade der… Rakyat akan terbangang dan diperbangangkan sebaik saja Pakatan Pembangkang  mengambil-alih kerajaan.
SUMBER
umno-online.my
Kamarulzaman Kamdias

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...