>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

ESOK 22 APRIL - JADIKAH TS MAT TAIB MASUK PAS?


Bila bekas MB Selangor TS Muhamad Hj Muhd Taib tiba-tiba senyap selepas tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada PAU 2009, saya menelah bahawa beliau akan bersara dari politik. Tambahan pula, semenjak dari itu beliau telah menyerah tugasannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya kepada Timbalannya Dato' Yahya Bujang.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan pioneer kepada kaedah pemilihan MB Selangor yang tidak berasaskan seniority yang kemudiannya dituruti pula oleh Dr Mohd Khir Toyo, selepas perletakan TS Abu Hasan Omar.

Samada Muhamad bersetuju atau tidak, melalui perlantikannya sebagai MB Selangor diatas tiket UMNOlah maka beliau dikenali samada dalam UMNO mahupun dalam arena politik negara secara keseluruhan.



Setelah sekian lama menyepi dan tenggelam dari sebutan arena politik negara, media pro PAS dan pembangkang tiba-tiba cuba mengangkat semula nama Muhammad. Dihebahkan bahawa telah ada pertemuan peribadi antara Muhammad dengan tokoh PAS Dato' Dr Harun Din.

Bukan itu sahaja, malah telah dihebahkan Muhamad akan diumumkan akan menyertai PAS secara rasmi sebagai ahli PAS pada 22 April 2013, tanpa menyatakan pula masa dan tempat pengumuman.

Tidak dapat dipastikan samada penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS adalah bermotif mendekatkan kepada Islam atau pun mempunyai muslihat politik.

Kalau hendak dikatakan sebagai mendekatkan kepada Islam, PAS sendiri kini mempunyai pemimpin-pemimpin tertinggi yang tidak bebas dari skandal. Contohnya Mohamad Sabu dan Dato' Mustafa Ali. Kedua-dua mereka menjadi bahan perbualan sebagai tidak bebas skandal.

Atau ia sekadar percubaan untuk 'mencakar' TS Muhyiddin Yassin serta DS Najib Razak sekali?

Jika benar terjadi penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS melalui Harun Din, sesungguhnya itu tidak memeranjatkan. Cuma apakah penyertaan Muhamad benar-benar akan berlaku esok?

Muhamad dan Harun punya hubungan intim sejak sekian lama, cuma tidak disedari oleh banyak pihak.
by Akar Umbi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...