>>>> HOME <<<<

Sabtu, 27 April 2013

Pemimpim Besut Di Sayangi Rakyat Dato' Seri Idris bin Jusoh


Dato' Seri Idris bin Jusoh Atau Lebih  dikenali sebagai  Dato Yeh adalah anak jati besut, beliau merupakan salah seorang pemimpim besut yang berjiwa rakyat,terdegar sahaja di teinga nya di mana rakyat mengalami kesusahan,sakit atau kematian,pasti beliau akan sampai menjeguk rakyat,semama beliau menjadi mentari baesar terenggagu pada tahun  (2004 - 2008)  banyak perubahan yang di bawa masuk ke terengganu.sehingga terengganu menjadi salah sebuah negeri yang amat terkenal di mata dunia.



Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan mantan Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 selepas Barisan Nasional berjaya menguasai semula DUN Terengganu dibawah kepimpinan beliau dengan membawa Gelombang Biru dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008,BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan Majoriti 2 per 3, ketika BN di negeri-negeri lain mengalami tsunami politik.Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kini memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pendidikan

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.
Kemudian melanjutkan ke Blackburn High School, Victoria, Australia.
Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).
Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).
Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).
Pengajian Bahasa Arab (University of Jordan) (1993-1994).
Kursus Pengurusan Lanjutan (Harvard University, USA) (2001).
Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).
Mempunyai Ijazah kelas pertama,Master,dan pembelajaran Ilmu Agama yang di perturunkan oleh datuknya (Tuan Guru Haji Hameed) yang merupakan Ulama' dan guru agama di Besut pada ketika dahulu, jelas menunjukkan keperibadian Beliau.
[sunting]Bakat Kepimpinan dan Anugerah

Dato' Seri Idris Bin Jusoh seorang individu yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan sejak di bangku sekolah lagi. Ia dibuktikan lagi apabila telah menerima Anugerah Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Universiti Sains Malaysia USM (GOLDEN AWARD BEST STUDENT)pada tahun 1980 ketika menjadi penuntut universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut di beberapa Universiti terkemuka samada di Eropah dan Timur tengah. Antara lain bakat kepimpinan dan kecemerlangan Akademik beliau ialah:
Dianugerahkan GOLDEN AWARD BEST STUDENT di USM (1980)
Presiden Persatuan Mahasiswa USM-kini dipanggil Yand-Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) (1978-1979)
President of International Student Association di University of New Haven (1987)
Dianugerahkan Sijil ENTREPRENEURSHIP di Aston University, United Kingdom (1984)
Best Club Award, KELAB USAHAWAN MUDA (1994)
Special Appreciation Award Individual Malaysian Franchise Award (2000/2001)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)
Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - Membawa gelaran Dato’ (1998)
Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) - Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)
Beliau juga seorang yang amat mementingkan Ilmu,Di mana dibawah kepimpinan beliau,beliau memberi inspirasi dan Idea ULUL AL-BAB-MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL, yang mementingkan agama Islam, menghafaz dan memahami Al-Quran, dan cintakan Ilmu pengetahuan.
[sunting]Sekolah IMTIAZ dan MRSM Ulul Albab

Menyedari pentingnya pembelajaran Agama Islam iaitu dengan menghafaz dan memahami Al-Quran,Hadith,dan mengamalkan cara Sunnah Wal Jamaah,Idris jusoh telah mengasaskan sekolah IMTIAZ iaitu sekolah yang menekankan pelajar cemerlang akademik dan disamping itu menghafal Al-Quran.Atas inisiatif beliau kini sekolah IMTIAZ telah menjadi antara sekolah terkemuka di Terengganu dan di negeri negeri lain.
Selepas memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA pada 2008,Idris Jusoh memperkenal MRSM Ulul Albab, di mana pelajar-pelajar Islam khususnya akan diberi pendidikan yang mengutamakan pelajaran wajib dan menghafaz Al-Quran.MRSM Ulul Albab kini sudah diperkenalkan di beberapa MRSM di Malaysia.
[sunting]Sejarah dan Sumbangan Idris Jusoh Ketika dalam UMNO dan BN di Terengganu

Pada tahun 1999,iaitu pilihan raya ke 10,BN Terengganu jatuh di tangan pembangkang, iaitu PAS.Kekuatan Pembangkang ketika itu terletak pada Krisis Anwar Ibrahim. Idris Jusoh lantas menyahut cabaran untuk memimpin Terengganu ketika itu,bagi misi mendapatkan kembali Terengganu untuk BN. Beliau antara yang telah memberi inspirasi Gelombang Biru di Terengganu. Akhirnya,Pada pilihan raya Umum ke-11(2004),BN Terengganu di bawah kepimpinan beliau berjaya merampas kembali Terengganu dari pembangkang. Personaliti Idris Jusoh yang disenangi semua kaum, tidak kira bangsa atau agama,menyebabkan rakyat Terengganu ketika itu beralih memilih BN. Beliau juga ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu(2004),dan merupakan Menteri Besar pertama dari daerah Besut. Pada pilihan raya umum Terengganu ke-12 juga,BN di bawah kepimpinan beliau sekali lagi mengekalkan Terengganu di bawah BN.
[sunting]Krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu

Berikutan pilihan raya umum Malaysia 2008, BN telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Terengganu mengumpulkan 24 dari 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki 8 kerusi. Ia merupakan pencapaian yang terbaik bagi negeri Terengganu di saat negeri-negeri lain jatuh di tangan pembangkang. Rakyat Terengganu masih menerima BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh ketika itu. Satu krisis telah meletus apabila Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menolak untuk melantik semula Idris sebagai Menteri Besar. Sebaliknya sultan melantik Dato' Ahmad Said, salah seorang daripada 24 ADUN BN negeri. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membalas dengan berkata bahawa perlantikan Ahmad Said "tidak mengikut perlembagaan".[1] 22 ADUN BN negeri yang lain juga berikrar menyatakan sokongannya terhadap perlantikan Idris Jusoh, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.[2]
Walaupun tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar,Semangat Beliau tetap gigih untuk membangunkan Umat Islam itu sendiri. Dengan memperkenalkan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran,dan pelbagai inisiatif lagi, telah menunjukkan beliau bukan seorang yang cepat berputus asa.
[sunting]Rakyat menyenangi beliau

Walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai Pengerusi MARA di Kuala Lumpur, Beliau tetap mengambil peluang untuk pulang ke kawasan beliau bagi melihat keadaan dan berjumpa rakyat, khususnya di kawasan beliau wakili. Beliau sentiasa percaya anak tempatan adalah orang yang paling layak menjadi wakil bagi sesuatu kawasan,dan amanah yang diberikan perlu dijaga. Beliau amat disenangi kaum melayu,cina,india di kawasan beliau.[perlu rujukan]
[sunting]Jawatan Dalam Kerajaan

Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) - (1991-1993)
Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)
Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 - sekarang)
Menteri Besar Terengganu (2004 - 2008)
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) - ( 2008 - sekarang)
[sunting]Jawatan Dalam UMNO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - sekarang)
Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (2000-2008)
Pengarah Pilihanraya UMNO Malaysia(2010-sekarang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...