>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

JOM UBAH???? 15 DALIL KENAPA HARUS TOLAK PR


DALIL PERTAMA
Jumlah kerusi Parlimen di Malaysia ialah sebanyak 222. Dengan itu untuk memerintah Negara di peringkat Persekutuan parti atau gabungan parti harus mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi. Cuba kita analisa kedudukan kuasa politik parti-parti PAS, PKR dalam PR. Dalam PRU 12, PAS bertanding 67 kerusi Parlimen dan menang 23 kerusi. Ini bermakna PAS sendiri tidak boleh menjadi Parti Pemerintah walaupun memenangi semua kawasan Parlimen yang ditandingi. PAS semua bertanding untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan bukan untuk menjadi pemerintah di peringkat persekutuan. Dengan itu Parti PAS bukanlah parti dominen di dalam PR.

DALIL KEDUA
Parti PKR bukan lagi merupakan Parti Melayu kerana keahliannya terbuka kepada pelbagai kaum. Dalam PRU 12 PKR bertanding di 97 kawasan Parlimen dan menang 31 kerusi. Dengan demikian PKR juga bukan parti yang boleh memerintah.



DALIL KETIGA
Kesimpulannya di dalam PR parti-parti melayu seperti PAS bukan merupakan parti dominen berbanding dengan kedudukan Parti UMNO dalam BN. Dalam PRU 12 UMNO bertanding di 117 kawasan Parlimen dan bertanding di semua negeri peringkat DUN untuk menubuh kerajaan kecuali di Sarawak dan Pulau Pinang. Bermakna jika semua calon UMNO menang di peringkat Parlimen dan Negeri UMNO boleh memerintah di Negara tanpa rakan-rakan parti komponen BN yang lain kecuali di Sarawak dan Pulau Pinang.

DALIL KEEMPAT
Dapat dirumuskan bahawa kuasa politik Melayu sebenarnya lebih terpelihara jika UMNO menerusi BN menerajui pemerintah Negara ini berbanding parti PAS dan PKR melalui PR. Contoh yang jelas ialah di Perak yang suatu ketika pernah di perintah oleh PR di mana calon PAS menjadi MB tapi kuasa politik sebenarnya ditangan parti DAP. Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir kuasa politik orang-orang Melayu akan terhakis jika PR memerintah Negara ini kerana PR tidak diterajui oleh Parti Melayu yang dominen sepertimana BN yang diterajui oleh UMNO. Orang Melayu tidak harus menerima konsep kongsi kuasa politik secara samarata kerana Malaysia berdasarkan sejarahnya sewajarnya diterajui orang Melayu dan Islam.

PRINSIP DAN AGENDA PERJUANGAN PARTI PR

DALIL KELIMA
Prinsip dan konsep perjuangan PR yang didokong oleh DAP, PAS dan PKR ialah bercorak multi etnik, samarata dan perkongsian kuasa. Prinsip ini membawa maksud Malaysia adalah Negara pelbagai kaum dan samarata dalam semua aspek, agama, bahasa, budaya, ekonomi dan sosial. Pelbagai kaum di Malaysia berkongsi kuasa secara samarata. Jika diteliti secara mendalam, prinsip multi etnik samarata dan perkongsian kuasa yang diperjuangkan oleh PR akan memudaratkan orang Melayu. Pertamanya, prinsip ini bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Yang menetapkan kedudukan keistimewaan agama Islam, bahasa melayu dan kedudukan orang melayu. Kedudukan keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan sejarah Negara ini yang telah diperintah oleh orang-orang Melayu sejak berabad-abad lamanya. Bagaimanapun perlembagaan juga menetapkan prinsip samarata bagi seluruh warganegara Malaysia di sisi undang-undang.

DALIL KEENAM
Prinsip multi etnik dan samarata ini sebenarnya tidak wujud di mana-mana Negara di dunia ini kerana setiap Negara mengamalkan konsep adanya bangsa, agama, bahasa dan budaya teras dalam tiap-tiap Negara walaupun Negara ada pelbagai kaum seperti di Amerika Syarikat.

DALIL KETUJUH
Prinsip multi etnik PR juga menjurus kepada multi religion iaitu seolah-olah semua agama setaraf di Malaysia. Di Malaysia, orang Melayu harus mempertahan dan memperjuang agama Islam dan agama Islam tidak boleh di samatarafkan dengan lain-lain agama di Negara ini. Di negeri Selangor yang diperintah oleh PR usaha sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri PR untuk meningkatkan kedudukan agama selain dari agama Islam. Satu jawatankuasa khas menjaga kepentingan agama bukan Islam telah ditubuhkan di mana disyaratkan setiap projek perumahan yang besar mengkhaskan kawasan untuk membina rumah ibadat bukan Islam.

DALIL KELAPAN
Dari sudut bahasa pula kita perhatikan konsep multi lingual mula dilaksanakan oleh kerajaan PR di Pulau Pinang. Di mana, jalan-jalan raya tertentu di tulis dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Cina dan India disamping bahasa Melayu. Tindakan sedemikian sebenarnya bercanggah perlembagaan yang meletakkan kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi Negara ini.

DALIL KESEMBILAN
Terdapat laporan yang menyatakan ada golongan di dalam parti PR yang ingin mengubar perlembagaan baru bagi mengantikan sediaada. Perlembagaan baru ini dikatakan akan menghapuskan kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu.

SEJARAH PARTI-PARTI DALAM PR

DALIL KESEPULUH
Orang-orang Melayu harus menyedari sejarah parti DAP. Parti DAP sebenarnya lahir dari parti PAP semasa Singapura dalam Persekutuan Malaysia dahulu. Parti ini lantang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang sebenarnya memudaratkan kedudukan orang-orang Melayu. Kedudukan orang di Singapura di bawah pemerintahan PAP jelas menunjukkan orang Melayu terpinggir dalam semua aspek pembangunan, ekonomi, politik, social dan sebagainya. Walaupun bilangan orang Melayu berjumlah 15% di Singapura. Seorang pensyarah bernama Lili Zubaidah dalam kajiannya mengenai kedudukan orang Melayu di Singapura jelas mengambarkan bagaimana orang-orang Melayu terpinggir dalam arus kemajuan di Singapura. Malahan Kerajaan menganggap kelemahan orang Melayu adalah kerana sikap budaya orang Melayu sendiri (cultural deficit).

DALIL KESEBELAS
Prestasi parti DAP dalam Kerajaan Negeri di Pulau Pinang, Perak dan Selangor jelas menunjukkan beberapa tindakan dan perkembangan yang negatif terhadap orang-orang Melayu.

DALIL KEDUA BELAS
Parti PKR lahir daripada parti UMNO sendiri akibat daripada tindakan pemecatan Dato’ Seri Anwar daripada UMNO. Jika diteliti perjuangan PKR ia lebih bercorak kepentingan individu iaitu untuk memperjuangkan cita-cita Dato’ Sri Anwar di Malaysia. Tidak ada gagasan dan prinsip perjuangan untuk menegakkan kepentingan orang-orang Melayu secara keseluruhan.

PENGHAPUSAN INSTITUSI MELAYU

DALIL KETIGA BELAS
Gabungan parti PR di mana PAS, DAP berkerjasama lebih menjurus kepada untuk menghapuskan institusi parti Melayu UMNO. Pengundi-pengundi cina yang menyokong PAS ialah semata-mata bertujuan untuk menghapuskan parti UMNO tapi bukan bersetuju dengan prinsip perjuangan parti PAS. Parti DAP yang bekerjasa dengan PAS walaupun mempunyai prinsip perjuangan yang berbeza dan bertentangan, mereka bersatu hanyalah untuk menghapuskan sokongan orang Melayu terhadap parti UMNO. Kesemua parti-parti dalam PR terutamanya DAP telah melaksanakan pelbagai program untuk menyemai persepsi negatif terhadap kerajaan BN terutama dari sudut mengatakan kerajaan sekarang ini mengamalkan rasuah dan kronisme secara meluas. Kempen secara besar-besaran memburukkan kerajaan dalam amalan rasuah telah banyak mempengaruhi pengundi-pengundi daripada orang Melayu, Cina dan India hingga mereka mempunyai anggapan kerajaan yang memerintah ini adalah kerajaan rasuah dan dengan itu perlu diubah dan digulingkan daripada memerintah Negara ini dalam pilihanraya akan datang.

DALIL KEEMPAT BELAS
Jika diteliti tidak ada apa-apa ikatan antara parti PAS dan DAP yang membolehkan kedua-duanya bergabung untuk memerintah Negara ini. Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen telah terbukti sejak merdeka lagi melalui prinsip tolak ansur kompromi dan dasar-dasar pregmatik telah berjaya melahirkan Negara Malaysia maju dalam bidang ekonomi dan stabil dari segi politik hingga dihormati diperingkat antarabangsa. Dikhuatiri kemajuan yang telah dicapai sejak merdeka ini akan terungkai jika BN tidak lagi memerintah Negara ini.

REKOD PENCAPAIAN NEGARA DI BAWAH BN

DALIL KELIMA BELAS
Sejak mencapai kemerdekaan UMNO melalui Perikatan dan BN telah menerajui pemerintahan Negara ini. Secara ringkasnya, pencapaian UMNO dapat dirumuskan seperti berikut:
Meningkatkan kedudukan dan kemajuan agama Islam di Malaysia melalui pembinaan infrastruktur agama Islam seperti masjid, surau, sekolah dan institusi pengajian tinggi Islam di setiap pelusuk Negara. Pembinaan Putrajaya jelas menunjukkan kedudukan dominen agama Islam Negara ini. Pelbagai pembangunan agama Islam dalam pelbagai bidang seperti perbankan Islam, insuran Islam, pendidikan Islam sedang giat dimajukan di Negara ini.
Kewujudan kelas menengah dan professional di kalangan orang Melayu yang tidak wujud semasa mencapai kemerdekaan dulu.
Kedudukan orang Melayu dalam perkhidmatan awam dan perkhidmatan kerajaan telah dapat diperkukuhkan. Di mana, peringkat pengurusan tertinggi dalam agensi-agensi Kerajaan dan syarikat Kerajaan di terajui oleh orang-orang Melayu.
Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO telah berjaya mengekalkan perpaduan dan pembangunan Negara ini bagi semua rakyat. Malaysia kini dianggap sebagai satu Negara Industri yang maju di peringkat pertengahan dan dijangka pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi Negara yang maju sepenuhnya.
Daripada Negara yang berasaskan pertanian, Malaysia telah muncul sebagai Negara yang berteraskan pelbagai bidang kemajuan. Malaysia telah diberi taraf kedudukan yang tinggi dalam senarai Negara perdagangan dan senarai Negara kompetitif di peringkat antarabangsa.
Kejayaan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan banyak berasaskan kepada dasar yang praktikal dan pregmatik yang lahir daripada tolak ansur daripada parti-parti komponen BN yang member peluang kepada semua kaum. Malahan ramai yang beranggapan bahawa Malaysia ialah sebuah Negara yang dipanggil ‘a land of opportunity
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...