>>>> HOME <<<<

Selasa, 30 April 2013

Isu Dakwat Kekal Yang Boleh Dibersihkan



SPR sendiri pada mulanya terkejut pada hari ini apabila mendapati dakwat yang digunakan boleh dibersihkan/dicuci sedangkan dalam ujian yang mereka jalani terhadap dakwat itu sebelum ini menunjukkan bahawa dakwat itu sememangnya sukar dibersihkan dan kekal tahan untuk tempoh yang lama.Antara faktor-faktor lain yang boleh menjadi penyebab kepada dakwat kekal ini boleh dibersihkan adalah:
1) Petugas di pusat pengundian awal (spesisfik kepada petugas yg mengenakan/mencalit dakwat pada jari pengundi) tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat berkenaan sebelum digunakan bagi memastikan larutan dakwat benar2 sebati.
2) Pengundi terus mengelap dakwat yg dicalit pada jarinya menggunakan tisu/kain lap mengakibatkan dakwat kekal tersebut senang dibersihkan walaupun telah diberi peringatan oleh petugas di pusat pengundian awal.

Namun SPR ingin mengingatkan rakyat jangan ragu-ragu atau khuatir kerana walaupun dakwat itu boleh dibersihkan, ia tidak akan dapat dibersihkn 100% dengan mudah seperti dakwaan Nurul Izzah sebelum
ini(tetap ada kesan pada celah-celah kulit jari) dan akan mengambil masa sebelum semua dakwat itu hilang/bersih atas faktor dicuci secara berterusan.Tambahan lagi, pihak SPR memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tiada pengundi yang akan dapat mengundi lebih dari sekali sahaja (ditambah dengan bantuan sistem database daftar pemilih SPR yg berpandukan fakta bahawa seorang rakyat warganegara Malaysia mempunyai hanya 1 ID pengenalan diri).

PC ini juga dibuat bagi menjawab isu yg dibangkitkan/dituduh oleh Pakatan Pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengundi awal pada hari ini berpotensi untuk mengundi 2 kali iaitu pada 5 Mei 2013 nanti ditambah pula dengan bantuan dakwat kekal yang boleh dibersihkan.Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (Timbalan Pengerusi SPR) sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya nama pengundi ada dalam senarai daftar pengundi awal, nama pengundi tersebut tidak akan ada dalam senarai daftar pengundi pd 5 Mei 2013 nanti sekaligus menyangkal dakwaan pihak pembangkang yang dilihat cuba untuk mengelirukan dan menghasut rakyat dengan maklumat yang salah. Selain itu juga, langkah lebih ketat turut akan digunakan iaitu di setiap saluran mengundi di mana petugas SPR akan dibekalkan dengan 'magnifying glass' bagi memastikan pengundi bukannya pengundi awal. - SPR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...