>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

BONGKAR! CALON PKR TUKANG JUAL PIL KUDA!! #PRU13


Di dalam usaha Anwar Ibrahim cuba menyakinkan penyokong PKR tentang aksi badut politik yang menyaksikan pertembungan di antara Yusni Mat Piah, calon PAS dan Chegubard, calon PKR di Sungai Acheh, Hadi Awang secara terbuka telah menyindir hebat parti PKR!


foto ilustrasi
Sindiran tajam lagi pedas dan pasti memalukan Anwar Ibrahim dan parti PKR dinyatakan oleh Presiden PAS semasa ceramah beliau di Kampung Tebakang, Alor Limbat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang
menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.
Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.
"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. - Utusan
Kita tentu tertanya-tanya identiti 'calon-calon pembangkang bukan PAS' yang dianggap sebagai syaitan oleh Hadi Awang. Begitu juga dengan calon pembangkang yang juga tukang jual pil kuda.

Jika beginilah kualiti calon-calon pembangkang, bukan PAS dan penyokong-penyokong PAS sahaja yang perlu tolak calon tersebut tetapi rakyat keseluruhannya sepatutnya menolak pakatan pembangkang yang menjadi sarang syaitan dan tukang jual pil kuda.

Selain daripada tukang jual pil kuda dan syaitan, Hadi Awang juga mendedahkan calon PKR yang berideologi komunis! Laporan media :
Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mendapat maklumat terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan beideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut” tambah beliau.
“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan .. dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin. - MI
Tukang jual pil kuda, syaitan dan berideologi komunis? Siapakah calon PKR yang Hadi Awang maksudkan?

Di sini MiM senaraikan 7 calon PKR tersebut :

1. Badrul Hisham Shaharin (PKR) Sungai Acheh
2. Mohd Nasir Hashim (PKR) Kota Damansara
3. Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) Labuan
4. Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) Panti
5. Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)  Seberang Takir
6. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) Kota Putera
7. Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) Bukit Besi

Daripada 7 calon PKR di atas, siapakah tukang jual pil kuda, syaitan dan berideologi komunis? Chegubard?

Rakyat sudah pasti tertanya-tanya dan inginkan jawapannya daripada Hadi Awang, pencetus kepada isu yang pasti memalukan, bukan sahaja 7 calon PKR di atas tetapi seluruh calon PKR yang bertanding di negeri-negeri lain.

Bak kata perpatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Perumpamaan ini terpalik kepada 7 calon PKR di atas!

Kerana selagi Hadi Awang enggan menamakan individu-individu tersebut, rakyat sudah pasti tidak akan mengundi ketujuh-tujuh calon PKR di atas kerana rakyat tidak mahu wakil rakyat mereka seorang tukang jual pil kuda, syaitan dan berideologi komunis.

MiM difahamkan kepimpinan PKR dan 7 calon PKR sudah melenting dengan kenyataan Hadi Awang yang menghina dan menjatuhkan maruah mereka dan parti PKR.

MiM mudah. Jika 7 calon PKR ini tidak respons atau mengaku tukang jual pil kuda dan menempelak balik Hadi Awang dalam masa terdekat ini, rakyat tidak ada pilihan selain daripada menganggap mereka semua adalah seperti yang didedahkan oleh Hadi Awang.

Dan janganlah pula melenting apabila risalah-risalah yang menyenaraikan 7 calon PKR itu dan akitiviti mereka menjual pil kuda, berideologi komunis dan komunis diedarkan di kawasan masing-masing. Jangan salahkan parti lawan tetapi salahkan sepenuhnya Hadi Awang PAS!

Jika pembaca MiM tahu gerangan mereka, sila berkongsi di dalam blog ini.

Yang hairannya, PAS beria-ia mahu ketepikan calon-calon PKR yang jual pil kuda, bagaiman pula dengan calon PKR yang nafsunya macam kuda tapi tak kira jantan atau betina? Bagaimana pula dengan pihak DAP yang 'langkah mayatku dulu' dan tidak mungkin akan menyokong negara Islam ciptaan PAS?

Bagaimana pula dengan calon PKR yang menyokong murtad, LGBT dan tidak menjawab soalan orientasi seksual beliau?
LEBIH INFO KLIK > SINI <
Sumber > novandri.blogspot
gambar di atas hiasan sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...