>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

pas memang sanjung individu bermasalah dalam umno...


Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat
membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.

Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

DAN KEMUDIAN HARI INI DIANGKAT PAS???

Go home lah weh. Duk diam sajalah!
sumber > Ambo Pakoh BN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...