>>>> HOME <<<<

Khamis, 25 April 2013

PKR TERENGGANU KATA HADI AWANG ORANG TUA JIJIK!!


PERBALAHAN antara PAS dan PKR semakin tragis apabila Pengerusi PKR Terengganu baru-baru menyatakan yang Presiden PAS, Hadi Awang adalah seorang yang mementingkan diri dan tidak mengikut arahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim demi merebut kerusi Perdana Menteri jika PR berjaya memerintah.

Susulan dari pendedahan Hadi Awang dalam satu ceramahnya di Terengganu yang menafikan PAS menidakkan calon PKR di Terengganu dengan meletakkan juga calon PAS yang lebih berkredibiliti dari calon lantikan Anwar tersebut. Hadi Awang mendedahkan bahawa sebilangan besar kerusi yang turut ditandingi oleh PAS adalah kerana calon PKR terbabit mempunyai masalah moral yang terlalu serius hingga pakatan tidak berjaya memenangi kerusi itu.


Hadi Awang turut mengesahkan bahawa ada dari kalangan calon PKR yang diletakkan adalah seorang pengedar pil kuda, penganut fahaman komunis, penganut fahaman pluralisme dan LGBT. Oleh sebab itu juga PAS terpaksa meletakkan calon mereka demi mendapatkan kembali undi rakyat dan percaya dengan kepimpinan yang akan dibentuk PR jika mereka berjaya memperolehi mandat memerintah negara.

Azan Ismail menambah Hadi Awang tidak layak menentukan kerusi mana yang patut PKR tandingi kerana semua keputusan telah dibincangkan dan Anwar telah bersetuju dengan calon yang diketengahkan bagi mewakili PR. Azan Ismail memberi amaran kepada Hadi Awang atau mana-mana kepimpinan PAS supaya tidak masuk campur dalam urusan parti mereka
Sumber >  SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...