>>>> HOME <<<<

Isnin, 22 April 2013

Hadi Awang Akui Kerajaan BN Jaga Kebajikan Rakyat


KERTEH, 23 April - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama ini menjaga kebajikan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan memerintah melaksanakan pelbagai program berteraskan kebajikan seperti membina masjid, membantu golongan miskin, membina stadium dan sebagainya.

“Kita tidak nafikan apa yang dilakukan kerajaan BN untuk kebajikan rakyat,” katanya berucap di hadapan kira-kira 700 penyokong yang hadir pada ceramah umum di Kerteh, malam tadi.



Bagaimanapun, katanya pemerintahan BN juga tidak lepas daripada salah dan silap.

“Tak kan ‘tadok silap dan saloh’ selama 50 tahun BN memerintah dan Yang Maha Suci adalah Allah Taala tetapi kita sebagai manusia tetap ada salah dan silapnya,” katanya.

Hadi berkata, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan akan bertanggungjawab membina pelbagai kemudahan dan prasarana untuk rakyat begitu juga dengan PAS.

Sementara itu, beliau meminta semua penyokong parti itu supaya menerima duit yang diberikan kerajaan kerana wang pemberian itu adalah hak rakyat.
Sumber > klpos.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...