>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

Nasha ucap tahniah kepada Hadi


KUALA LUMPUR 20 April - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mengucapkan tahniah kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri sekiranya Pas menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, pengiktirafan pemimpin-pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap kewibawaan Abdul Hadi serta bersikap terbuka untuk mengkaji semula pendirian parti cauvinis Cina itu berhubung isu hudud dan negara Islam merupakan sesuatu yang menggembirakan.

Berikut ialah kenyataan penuh Nasharuddin:

1. Hari ini dalam sejarah bila ada parti yang bertanding membawa dua surat watikah namun tahniah dan saya sokong persefahaman untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika parti Pas menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.



2. Saya merasa amat gembira sebab akhirnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memberi pengiktirafan kepada kewibawaan Abdul Hadi selaku Presiden Pas. DAP juga dikatakan akan mengkaji semula pendirian mereka dalam isu hudud dan negara Islam.

3. Saya memberi sokongan penuh atas kesanggupan DAP untuk melantik Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen yang tersiar adalah menjadi tanggungjawab penghantar. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadapnya. Sekiranya ada sebarang komen dihantar dan tersiar yang bertentangan dengan undang-undang negara , pemilik blog ini akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tujuan siasatan dan tindakan.

HARAP MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...