>>>> HOME <<<<

Ahad, 21 April 2013

Mat Sabu Umpama Calon Pelarian Yang Tersalah Langkah Di Pendang


PENDANG 22 April – Calon pelarian yang kononnya ayam sabung Pas, Mat Sabu nampaknya seperti tersalah langkah apabila  melihat gelombang biru semakin membadai kawasan Pendang.  Semenangnya kalau disoroti sejarah kawasan tersebut bukanlah satu kawasan yang kebal buat Pas meskipun sebelum ini kawasan berkenaan adalah kawasan Presiden Pas.



Justeru calon Barisan Nasional (BN) P 011 Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul tidak gentar berdepan dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13, 5 April ini.



Menurut beliau sokongan yang diterima dari kalangan penduduk setempat serta jentera parti menambahkan lagi semangatnya untuk terus berkempen sepanjang tempoh kempen PRU-13 ini untuk  memastikan kemenangan BN di parlimen tersebut.

“Dan pada malam ini dengan kemasukan beberapa ahli Pas untuk bersama UMNO di kawasan Padang Pusing ini ianya merupakan perkembangan awal kepada penolakan pencalonan Muhamad Sabu yang dikatakan calon luar.

“Ini baru permulaan..dan insyaallah dengan gerak kerja daripada seluruh jentera parti, BN akan mencapai kemenangan nanti. Lagi pun BN pernah menang pada tahun 1990  di sini yang mana pada waktu itu ditandingi oleh Presidennya, Allahyarham Dtuk Fadzil Noor. Insyallah pada kali ini sama-samalah kita berdoa agar BN mencapai kemenangan,” katanya kepada UMNO-Online.



Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan borang penyertaan kemasukan ahli UMNO oleh ahli Pas di Padang Pusing, di sini, malam tadi. Borang berkenaan diserahkan oleh Saad Din bersama beberapa yang lain daripada Kg Padang Pusing.

Othman yang merupakan calon “come back” seterusnya berazam untuk sama-sama membawa perubahan dengan masyarakat di Pendang sekiranya terpilih kelak.

“Saya akan lebih fokus kepada pendidikan dan pembangunan ekonomi untuk masyarakat kampung kita kerana pendidikan merupakan aspek yang cukup penting. Dengan adanya pendidikan ia mampu mengubah keluarganya. Saya juga akan cuba bawa lebih banyak kemudahan yang boleh menjana kewangan kepada penduduk tempatan.

“Untuk itu, saya merayulah agar pengundi dapat buat pilihan yang tepat bagi memilih wakil rakyat mereka, kerajaan yang akan memerintah selama lima tahun akan datang. Perubahan kerajaan mungkin akan bawa mala petaka kepada masyarakat kerana in akan menyebabkan perubahan dasar yang belum kita tahu corak kepimpinannya.

“BN dengan cemerlang selama ini dari segi  keadilan, pembangunan ekonomi ser
ta kepimpinan bijaksana dan kita yakin rakyat boleh nilai lebih-lebih lagi usaha Perdana Menteri yang kita dapat lihat bergerak dalam masyarakat serta melakukan banyak perubahan untuk negara dan rakyat seluruhnya,” ujar beliau. -MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...